CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1462|Reply: 0

Hamas dianggar rekrut hingga 15,000 ahli baru

[Copy link]
Post time 25-1-2025 03:28 PM | Show all posts |Read mode

HAMAS dikatakan merekrut ahli baru yang menyamai jumlah anggota terkorban. FOTO Reuters.

New York: Kumpulan pejuang Hamas Palestin dilapor merekrut antara 10,000 hingga 15,000 ahli baru sejak perang dengan Israel bermula, menurut dua sumber kongres yang diberi taklimat risikan Amerika Syarikat (AS).

Ia sekali gus mencadangkan kumpulan pejuang yang disokong Iran itu mungkin akan menjadi ancaman yang berterusan kepada Israel.

Sumber itu berkata, jumlah pejuang Hamas yang terbunuh sepanjang tempoh konflik adalah hampir sama dengan jumlah ahli baru yang direkrut.

Namun, anggaran jumlah rasmi terkini oleh AS tidak dilaporkan.

Hamas dan Israel mula melaksanakan gencatan senjata pada Ahad lalu selepas 15 bulan konflik yang memusnahkan Gaza dan meruncingkan lagi ketegangan di Asia Barat.

Sementara itu, sumber lain yang diberi taklimat termasuk dalam satu siri kemas kini daripada agensi perisikan AS pada minggu-minggu terakhir pentadbiran Joe Biden berkata, walaupun Hamas berjaya merekrut ahli baru, ramai anggotanya adalah golongan muda dan tidak terlatih serta digunakan bagi tujuan keselamatan yang mudah.

Bekas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken pada 14 Januari lalu, turut menyatakan, AS percaya Hamas sudah merekrut hampir sama banyak jumlah pejuang terkorban di Gaza, memberi amaran ia 'resipi untuk pemberontakan berterusan dan peperangan yang berpanjangan'.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas jumlah kematian, namun Israel menganggarkan kira-kira 20,000 pejuang kumpulan itu meninggal dunia di Gaza.

Jurucakap sayap bersenjata Hamas, Abu Ubaida dilapor berkata pada Julai yang kumpulan itu berjaya merekrut ribuan pejuang baru.

Dalam beberapa hari selepas gencatan senjata, Hamas terus menunjukkan kekuatannya di Gaza, dengan pentadbiran bergerak pantas untuk menguatkuasakan langkah keselamatan dan memulihkan perkhidmatan asas di kawasan yang sebahagian besarnya musnah sepenuhnya akibat serangan Israel.

Sejak perang bermula, sumber AS tidak mendedahkan jumlah pejuang Hamas yang dipercayai terkorban, cuma mengandaikan kumpulan yang dikategorikan pengganas itu terjejas ketara dan kemungkinan hilang ribuan anggota.

Sumber AS menunjukkan bahawa sebelum 7 Oktober 2023, Hamas mempunyai antara 20,000 hingga 25,000 pejuang, namun kemudahan latihan dan senjata dimiliki dianggap terhad.

Duta Israel ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Danny Danon mengakui usaha Hamas merekrut pejuang tetapi memandang rendah ancaman itu dengan menyatakan, walaupun mereka merekrut golongan muda, namun tiada senjata atau latihan yang mencukupi.

Hamas juga berhadapan dengan cabaran besar dalam rundingan pasca perang mengenai pentadbiran Gaza.

Beberapa pegawai Israel menegaskan mereka tidak akan menerima Hamas terus berkuasa di Gaza, termasuk Ketua Tentera Israel, Jeneral Herzi Halevi yang dilapor berkata, Hamas sudah mengalami 'kerosakan' teruk dan kebanyakan komander ketenteraan mereka terbunuh.

Namun katanya, Hamas masih belum dimusnahkan sepenuhnya dan tentera Israel akan terus memberi tekanan bagi melemahkan kumpulan itu.

Penasihat keselamatan negara kepada Presiden Donald Trump, Mike Waltz pula menegaskan, Hamas tidak akan memerintah Gaza dan sekiranya mereka melanggar perjanjian, Washington akan menyokong Israel untuk mengambil tindakan selanjutnya.


Disiarkan pada: Januari 25, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 10:21 AM GMT+8 , Processed in 0.235943 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list