CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1504|Reply: 0

[Kedah] Isu dihadapi pesawah punca anak muda tidak minat tanam padi

[Copy link]
Post time 25-1-2025 01:34 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 25-1-2025 01:35 PM

Isu dihadapi pesawah punca anak muda tidak minat tanam padi

WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
25 Januari 2025 11:54am



Pesawah di Kampung Benua dan Simpang Empat, Alor Setar memohon agar harga lantai padi per tan metrik dinaikkan pada RM1,800.




ALOR SETAR - Keluhan pesawah yang berdepan pelbagai masalah termasuk penurunan harga belian padi RM1,300 daripada RM1,800 didakwa menyebabkan golongan muda hilang minat mengusahakan tanaman padi.

Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob berkata, jika masalah ini berterusan, beliau percaya belia akan memilih untuk menceburi bidang lain ataupun bekerja makan gaji sahaja.

]
Abdul Rashid Yob




Menurutnya, tanaman padi adalah pekerjaan tertua di negara ini dan sepatutnya kerajaan memberikan tumpuan bagi menjamin legasi itu dapat diteruskan kerana beras adalah makanan ruji rakyat.

“Kita nampak kecenderungan anak muda untuk terlibat dengan tanaman ini akan berkurangan kerana risiko dan tanggungan kerugian yang semakin tinggi. Disebabkan perkara-perkara ini, ia akan menyebabkan anak muda tidak mahu terlibat dengan tanaman padi lagi,” katanya pada sidang akhbar pada petang Jumaat.


Beliau berkata demikian pada Himpunan Pesawah Kampung Benua dan Simpang Empat, dekat sini yang memohon agar harga lantai padi per tan metrik dinaikkan pada RM1,800.

Jelas Abdul Rashid, statistik turut menunjukkan jumlah pesawah dulu mencecah 300,000 orang namun kini berkurang kepada 200,000 sahaja dan majoritinya adalah berumur 50 tahun ke atas.


Menurutnya, golongan pesawah berumur 40 tahun ke bawah hanya tinggal 10 ke 20 peratus dan ini bakal memberikan risiko kepada tanaman padi negara jika lima hingga 10 tahun akan datang, golongan muda tidak berminat untuk mengusahakannya.



Sementara itu, Pengerusi Kumpulan Peladang Muda Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Aswadil Khairi Che Omar mengakui kos tanaman padi semakin membebankan.


Aswadil Khairi



Katanya, ramai anak muda berminat untuk terlibat dalam industri padi namun dengan pelbagai masalah yang dihadapi menyaksikan mereka mula beralih arah terlibat dengan pekerjaan lain.

“Pada setiap musim, orang muda yang menjadi pesawah terpaksa menanggung hutang dan mereka mula mengundur diri daripada bidang pertanian ini. Lebih baik mereka kerja makan gaji daripada nak tanggung hutang sebab perlu menyara keluarga,” ujarnya.


Menurutnya, ada pesawah muda yang sebelum ini telah menceburi bidang tersebut kini terpaksa menjual peralatan seperti dron yang digunakan bagi menyembur baja dan racun untuk membayar hutang.

]
Wan Selamat



Seorang pesawah muda, Wan Selamat Wan Anuar, 38, mengharapkan agar kerajaan memberikan perhatian kepada masalah yang dihadapi oleh golongan tersebut sekaligus dapat menarik minat belia untuk terus terlibat dalam sektor tanaman padi.

Jelasnya, harga belian padi yang sedang menjadi isu sekarang ini perlu diselesaikan segera agar pesawah muda mempunyai semangat untuk meneruskan legasi tanaman padi ini.


https://www.sinarharian.com.my/article/709210/edisi/utara/isu-dihadapi-pesawah-punca-anak-muda-tidak-minat-tanam-padi


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 08:47 AM GMT+8 , Processed in 0.034995 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list