CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2993|Reply: 0

Pengawal pantai China pantau aktiviti penghantaran bekalan Filipina

[Copy link]
Post time 25-1-2025 11:57 AM | Show all posts |Read mode


Oleh BERNAMA
BEIJING: Filipina pada Jumaat menghantar sebuah kapal awam untuk menghantar bekalan kepada kapalnya yang terkandas secara haram di Ren'ai Jiao di Laut China Selatan, kata jurucakap Pengawal Pantai China (CCG), lapor Xinhua.

Jurucakap CCG Liu Dejun berkata misi penghantaran bekalan semula tersebut dijalankan selepas mendapat kelulusan daripada pihak China.

CCG menjalankan proses pengesahan dan memantau sepenuhnya aktiviti tersebut, tambahnya.

Liu menggesa pihak Filipina untuk menghormati komitmennya dan bekerjasama dengan China untuk memastikan keadaan maritim terkawal.



"CCG akan meneruskan perlindungan hak dan aktiviti penguatkuasaan undang-undangnya di Nansha Qundao China, termasuk Ren'ai Jiao dan perairan sekitarnya," kata jurucakap itu.

Pada Mei 1999, Filipina 'meletakkan' kapal pendaratan kereta kebal BRP Sierra Madre (LT-57) di Ren'ai Jiao. Walaupun Manila telah berulang kali berjanji untuk menunda kapal itu, ia masih kekal di sana selama lebih 25 tahun.

25/1/2025  sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 10:04 AM GMT+8 , Processed in 0.041405 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list