CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3063|Reply: 0

AS keluar WHO berkuat kuasa 22 Januari 2026

[Copy link]
Post time 25-1-2025 11:55 AM | Show all posts |Read mode

Trump mendakwa WHO gagal menguruskan pandemik dan krisis kesihatan antarabangsa lain dengan baik. - Foto fail

NEW YORK: Amerika Syarikat (AS) akan meninggalkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 22 Januari 2026, menurut kenyataan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kelmarin.

Ia susulan Presiden AS, Donald Trump, memaklumkan keputusan itu secara rasmi kepada PBB.

Trump mendakwa agensi terbabit gagal menguruskan pandemik dan krisis kesihatan antarabangsa lain dengan baik.



Trump perlu memberikan notis setahun mengenai penarikan diri AS dari badan yang berpusat di Geneva itu, dan membayar yuran tertunggak mengikut resolusi bersama Kongres AS yang diluluskan pada 1948.

AS adalah penyumbang kewangan terbesar kepada WHO, dengan menyumbang kira-kira 18 peratus daripada keseluruhan jumlah pembiayaan agensi itu.



Bajet dua tahun WHO yang terbaru bagi 2024 hingga 2025, berjumlah AS$6.8 bilion. Bagaimanapun, tidak jelas berapa banyak yang perlu dibayar oleh AS.

"Saya boleh mengesahkan bahawa kami kini telah menerima surat AS mengenai penarikan diri dari WHO. Surat itu bertarikh 22 Januari 2025 dan ia akan berkuat kuasa setahun dari semalam, iaitu pada 22 Januari 2026," kata Timbalan jurucakap PBB, Farhan Haq.

Menurut beberapa pakar dari dalam dan luar WHO, penarikan diri AS ini dijangka memberi impak besar terhadap program-program di seluruh organisasi itu, terutama berkaitan penyakit berjangkit terbesar di dunia seperti tuberkulosis (TB) dan HIV/AIDS, selain penyakit kecemasan lain.

Perintah penarikan diri yang ditandatangani oleh Trump menyatakan bahawa pentadbiran beliau akan menghentikan rundingan mengenai perjanjian pandemik membabitkan WHO ketika proses penarikan diri berlangsung.

Kakitangan Kerajaan AS yang bekerja dengan WHO akan dipanggil pulang dan disusun semula, manakala Kerajaan AS akan mencari rakan kongsi untuk mengambil alih aktiviti WHO yang perlu diteruskan.
25 Januari 2025  sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 09:58 AM GMT+8 , Processed in 0.101508 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list