CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3559|Reply: 0

Akibat tipu isteri, lelaki rentung di pusat karaoke

[Copy link]
Post time 25-1-2025 11:17 AM | Show all posts |Read mode

Siasatan awal mendapati kebakaran itu berpunca dari tingkat tujuh dan lapan Glodok Plaza berkenaan. - Foto Agensi

TAMANSARI - Satu tragedi kebakaran telah membongkar kecurangan seorang lelaki.

Kisah itu disampaikan Kepala Badan Nasional Penanggulan Bencana (BPNB), Suharyanto yang mendedahkan salah satu mayat terkorban dalam kebakaran Glodok Plaza di Tamansari, Jakarta Barat adalah seorang suami yang berbohong kepada isterinya mahu 'outstation'.

"Hal ini adalah peringatan kepada para suami supaya tidak menipu isteri anda kerana bencana boleh menimpa sesiapa sahaja," katanya yang memberi maklumat terbaharu tentang insiden itu di Pekalongan, Jawa Tengah pada Rabu lalu.

Menurutnya, kebakaran itu meragut 20 nyawa manakala tujuh dilaporkan masih hilang dalam kejadian pada 15 Januari lalu.

Pemilik akaun @akusuka575 dikenali sebagai Hasya mengakui salah seorang mangsa itu adalah suaminya.

"Pada mulanya, dia minta izin mahu ke Surabaya atas urusan kerja. Tetapi, dapat khabar duka daripada teman saya tentang suami saya yang terkorban di Tiyara Karaoke di Glodok Plaza.

"Lebih menyedihkan dia meninggal di sisi wanita lain," katanya menerusi ruang komen pada 19 Januari lalu.

Komentar itu turut mendapat pelbagai reaksi warganet dan sebahagian daripadanya tidak menyangka akibat dahsyat ditanggung suaminya kerana berbohong. - Agensi

25 Januari 2025  sumber

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 10:00 AM GMT+8 , Processed in 0.839465 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list