CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3419|Reply: 0

China lancar garis panduan pertama insurans kenderaan tenaga baharu

[Copy link]
Post time 25-1-2025 10:55 AM | Show all posts |Read mode

PEKERJA melakukan pemasangan kenderaan tenaga baharu di kilang BYD, Huai’an, China. FOTO AFP.

Beijing: China pada Jumaat melancarkan garis panduan pertamanya untuk insurans kenderaan tenaga baharu (NEV), memperkenalkan langkah yang bertujuan menangani cabaran utama yang sedang dihadapi sektor itu, lapor Xinhua.

Pemilik NEV telah lama bergelut dengan premium insurans yang tinggi dan risiko dinafikan perlindungan. Pada masa yang sama, penanggung insurans telah dibebani oleh kerugian kewangan akibat kos pembaikan NEV yang tinggi.

Garis panduan itu, yang dikeluarkan bersama oleh Pentadbiran Kawal Selia Kewangan Kebangsaan dan tiga lagi agensi kerajaan, bertujuan untuk mengurangkan kos penyelenggaraan untuk NEV. Ia turut menekankan keperluan untuk meneroka penubuhan sistem pengkelasan risiko untuk model insurans.

Bagi menyokong usaha ini, Persatuan Insurans China dan Bursa Insurans Shanghai mengumumkan pada Jumaat bahawa platform insurans khusus untuk sektor NEV akan dilancarkan pada Sabtu.

Platform ini direka untuk memastikan perlindungan insurans yang mencukupi bagi NEV, terutamanya untuk kenderaan berisiko tinggi. Penanggung insurans yang mengambil bahagian dalam platform itu dilarang menolak perlindungan.

Sektor NEV di China telah berkembang pesat dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Menurut data rasmi, sehingga akhir 2024, bilangan NEV yang digunakan di China telah mencecah 31.4 juta, peningkatan 260 kali ganda dalam tempoh sedekad.


Disiarkan pada: Januari 25, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 10:09 AM GMT+8 , Processed in 0.293821 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list