CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2885|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tujuh suspek keldai akaun ditahan babitkan kerugian lebih RM470,00

[Copy link]
Post time 25-1-2025 03:05 AM | Show all posts |Read mode
Tujuh suspek keldai akaun ditahan babitkan kerugian lebih RM470,00

24 Januari 2025 09:35pm




Polis menahan tujuh individu dipercayai ahli sindiket penipuan dalam talian menerusi operasi khas semalam yang membabitkan kerugian RM476,819.45. - Gambar hiasan




BALIK PULAU - Polis menahan tujuh individu dipercayai ahli sindiket penipuan dalam talian menerusi operasi khas semalam yang membabitkan kerugian RM476,819.45.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, mereka yang ditahan terdiri empat lelaki dan tiga wanita berusia 22 hingga 35 tahun dalam operasi khas melibatkan siri tindakan Ops Nuri, Ops Merpati, Ops Belatuk dan Ops Pelican.

"Kesemua mereka yang ditahan terdiri pekerja kilang, penghantar makanan dan penganggur yang dipercayai bertindak sebagai keldai akaun dan suspek ditahan di beberapa lokasi berasingan di sekitar Sentul, Bangsar dan Serdang.


"Hasil siasatan awal mendapati sindiket itu menggunakan pelbagai modus operandi untuk memperdaya mangsa antaranya menawarkan pelaburan palsu, skim pekerjaan tidak wujud, penjualan barangan dalam talian yang tidak dihantar dan penyamaran sebagai pihak berkuasa untuk mendapatkan maklumat peribadi mangsa," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Beliau berkata, jumlah keseluruhan kerugian mangsa dianggarkan sebanyak RM476,819.45 dan melibatkan pelbagai transaksi kewangan seperti pindahan wang serta pembayaran melalui akaun bank.


Kesemua suspek dipercayai menyerahkan akaun bank dan kad mesin juruwang automatik (ATM) mereka kepada sindiket sebagai balasan kepada imbuhan tertentu.

Sazalee memaklumkan tindakan itu membolehkan sindiket menjalankan kegiatan penipuan tanpa dapat dikesan secara langsung dan kesemua suspek kini direman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - Bernama

https://www.sinarharian.com.my/article/709157/berita/semasa/tujuh-suspek-keldai-akaun-ditahan-babitkan-kerugian-lebih-rm47000


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 08:54 AM GMT+8 , Processed in 0.032458 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list