View: 19816|Reply: 8
|
[Tempatan]
Ibu Dulu Masuk Akademi, Bangga Kini Anak Dapat Masuk Akademi Villarreal!
[Copy link]
|
|
![](https://assets.thevocket.com/sites/1/2025/01/Nana-Mahazan-@nanamahazan-_-TikTok.jpg)
Ibu menitiskan air mata apabila anak lelaki berjaya diterima masuk ke Akademi Villarreal Malaysia.
Nana bangga dengan anaknya, Aaqib yang baru berusia 11 tahun. Hasil kerja kerasnya dan dibantu oleh ayahnya, Aaqib akan menyertai Akademi Villarreal Malaysia.
Proses pemilihan sangat ketat menurut Nana. Membuatkan suaminya mengorbankan masanya untuk membantu anak mereka dalam 3 minggu terakhir ini.
Di mana si ayahnya akan menghantar anak mereka ke sesi latihan dan pemilihan.
Akhirnya anak mereka berjaya menempatkan diri di kalangan 20 peserta saringan akhir daripada 40 yang ditawarkan mengahdiri sesi pemilihan.
Aaqib kemudian berjaya melayakkan diri sebagai hanya 15 peserta yang terpilih untuk ke akademi kelab Sepanyol itu.
Ianya dianggap langkah permulaan yang penting dalam usaha anaknya itu mahu menjadi pemain profesional di masa akan datang.
Nana mendedahkan bahawa suaminya, paling banyak membantu anak mereka. Dia tidak dapat menahan air matanya ketika melihat suami dan anaknya itu berpelukan meraikan surat tawaran yang tiba kepada Aaqib.
Nana menulis di TikTok miliknya: “Syukur ya Allah Alhamdulillah atas nikmatMu ya Allah.. We are super proud of you Aaqib!
“3 minggu daddy gigih bawak Aaqib for trial [sesi pemilihan], Aaqib training sessions [sesi latihan], daddy’s full commitment [beri komitmen penuh] hantar, ajar, ‘basuh’ just to make sure Aaqib got the spot [mendapat tempat].
“Player lain semua so talented this time [pemain lain semua sangat berbakat kali ini], memang challenging [mencabar] juga.
“From almost [daripada hampir] 40 kanak kanak, disaring ke 20 orang, lepas tu yang terpilih hanya 15 orang.
“Semoga yang terbaik Aaqib, terbang tinggi, berlatih bersungguh sungguh, kekal komited dan konsisten dalam latihan kamu. Kami ada di sini menyokong kami sepanjang masa.”
Video tersebut meraih lebih 1.3 juta tontonan di TikTok. Rata rata netizen tumpang gembira. Terutama sekali ibu bapa yang anak mereka turut berada di akademi bola sepak.
Menurut mereka untuk menguruskan anak yang minat bola sepak dan berada di akademi bola sepak benar benar memerlukan pengorbanan. Ini apatah lagi akademi sekelas Villarreal Malaysia.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bila nampak perkataan bola sepak tak jadi nak tumpang gumbira. |
|
|
|
|
|
|
|
Harap pelapis gini biar ramai.
Supaya boleh ganti balik semuaaaa 'pemain warisan' tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Main kat oberc tau.. jangan main kat malaya.. kena simbah2 tak memasal![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
berjaya menempatkan diri di kalangan 20 peserta saringan akhir daripada 40 yang ditawarkan mengahdiri sesi pemilihan.
motif 20 out of 40 gembira macam calpis soda one in a million?
|
|
|
|
|
|
|
|
Jangan main dengan JDT....nanti jadi bongkak |
|
|
|
|
|
|
|
OT, kat belah kanan thread ni ada iklan "Dubai Who's Ready" featuring Ain Edruce ngan hubby dier.. satu jer nak kata, ya allah, kakunyer lah dan sangat2 x fotogenik hubby die tu.. posing die pown nampak awkward and segala facial expression sumer ke laut.. terlalu obvious nampak dibuat2 |
|
|
|
|
|
|
| |
|