CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18654|Reply: 0

11 penumpang maut, ramai cedera dalam nahas kereta api di Maharashtra, India

[Copy link]
Post time 23-1-2025 08:03 AM | Show all posts |Read mode

Sekurang-kurangnya 11 penumpang maut manakala ramai lagi cedera selepas dilanggar oleh sebuah kereta api di negeri Maharashtra, India, pada Rabu.

NEW DELHI - Sekurang-kurangnya 11 penumpang maut manakala ramai lagi cedera selepas dilanggar oleh sebuah kereta api di negeri Maharashtra, India, pada Rabu.

Mangsa dilaporkan melompat keluar daripada kereta api Pushpak Express yang dalam perjalanan dari Lucknow ke Mumbai selepas khabar angin tentang kebakaran di dalam kereta api itu, sebelum dilanggar oleh kereta api lain yang sedang melintas di landasan berbeza, menurut laporan media tempatan.

Kejadian berlaku di stesen kereta api Paranda di Daerah Jalgaon, utara Maharashtra, kira-kira 400 kilometer dari Mumbai.

Puluhan penumpang mengalami kecederaan, dan angka korban dijangka meningkat.

"Maklumat awal kami menunjukkan terdapat percikan api dalam satu daripada gerabak Pushpak Express disebabkan oleh sama ada 'hot axle' atau 'brake-binding' (brek tersekat), yang menyebabkan beberapa penumpang panik.

Mereka menarik rantai kecemasan, dan sebahagian daripada mereka melompat keluar. Pada masa yang sama, Karnataka Express sedang melintas," kata seorang pegawai kereta api kepada agensi berita PTI. - Bernama

Disiarkan pada: Januari 22, 2025   sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 10:17 AM GMT+8 , Processed in 0.042923 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list