Ni Luh Puspa ketika ditemui pemberita pada program bersih laut di Pantai Kedonganan, Jimbaran, Kabupaten Badung, Bali, pada Ahad. Foto Agensi
BALI - Dua insiden rogol dalam tempoh lapan hari di Bali membabitkan pelancong luar mendorong pemerintah daerah mewajibkan peraturan penggunaan perkhidmatan pemandu setempat.
Kejadian itu berlaku pada 1 Januari lalu yang mana membabitkan seorang pelancong dari China dan satu kes lagi membabitkan pelancong dari Jakarta Selatan pada 8 Januari lalu.
Timbalan Menteri Pelancongan, Ni Luh Puspa berkata, pelaksanaan peraturan itu diharap dapat mengembalikan semula tahap keyakinan pelancong di Bali.
"Kami melaksanakan peraturan ini bagi membolehkan semua pihak berasa selamat dan nyaman datang ke Bali.
"Kami akan terus memperkasakan peraturan ini, selain memastikan perkara yang boleh dilakukan dan dilarang dapat diterjemahkan kepada semua orang," katanya kepada wartawan pada Ahad lalu. - Agensi
|