Foto fail AFP
SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong dilapor membentuk sebuah jawatankuasa untuk mengkaji semula persempadanan kawasan pilihan raya, kata badan pilihan raya negara, hari ini.
Ia dilihat menjadi petanda pilihan raya umum di negara itu akan diadakan tidak lama lagi.
Singapura sebelum ini biasanya akan mengadakan pilihan raya dalam tempoh dua bulan selepas jawatankuasa itu mengeluarkan laporan mengenai semakan itu.
Semakan ini akan melihat persempadan pilihan raya berdasarkan perubahan populasi dan laporan itu seterusnya digunakan bagi menentukan jumlah calon dalam setiap kawasan dan juga jumlah Ahli Parlimen.
Singapura perlu mengadakan pilihan raya umum sebelum November tahun ini, tetapi Lawrence mempunyai kuasa untuk mengadakan pilihan raya lebih awal.
Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang dipimpin oleh Lawrence hampir pasti akan mendominasi pilihan raya dan memenangi kebanyakan kerusi seperti yang sebelum ini sejak negara itu merdeka pada 1965.
Bahagian undi popular PAP akan menjadi penanda aras awam terhadap Lawrence yang mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada Mei 2024 daripada Lee Hsien Loong, selepas memimpin Singapura selama dua dekad. - Reuters
|