CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12137|Reply: 0

Ribut salji landa utara, selatan AS, 4 maut

[Copy link]
Post time 22-1-2025 05:00 PM | Show all posts |Read mode

Orang ramai berjalan di Canal Street yang diselaputi salji di New Orleans, Louisiana semalam. - AFP H: Ribut salji landa utara, selatan AS, 4 maut


WASHINGTON – Ribut musim sejuk yang jarang berlaku membawa salji dan hujan membeku di jauh selatan Amerika Syarikat (AS), dengan memaksa penutupan lebuh raya dan lapangan terbang di Texas serta mencetuskan amaran ribut salji buat pertama kali di barat daya Louisiana.

Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) melaporkan, empat orang dipercayai mati akibat terdedah kepada cuaca sejuk setakat ini.

Dua kes disiasat sebagai mempunyai kaitan dengan selesema oleh pihak berkuasa Austin di Texas, manakala dua kematian akibat hipotermia dilaporkan di Georgia dan Milwaukee.

Di utara AS, beberapa bahagian di negeri New York dilanda ribut lain dan diselaputi salji sehingga 46 sentimeter.

Lebih 2,200 penerbangan domestik dibatalkan semalam, manakala 3,000 lagi telah ditangguhkan, demikian menurut laman web penjejak penerbangan, Flight Aware.

“Pantai Teluk, di mana hujan lebat adalah pemandangan yang jarang berlaku, akan menyaksikan salji turun dengan rekod baharu,” kata Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS) semalam.


NWS meramalkan salji tebal dan menasihati penduduk untuk mengelak daripada melakukan perjalanan sekiranya boleh.

Gabenor New York, Kathy Hochul mengisytiharkan darurat di 12 daerah di barat negeri itu ketika penduduk menghadapi salji dan cuaca sejuk ekstrem.

Di selatan AS pula, taburan salji tertinggi yang dicatatkan pada petang semalam adalah 27 sentimeter di Rayne, Louisiana, demikian menurut laporan dari NWS.

Suhu dijangka jatuh jauh di bawah purata Januari, dan mungkin melepasi paras terendah sepanjang dari pantai ke Lembah Tennessee.

Gabenor beberapa negeri termasuk Louisiana, Mississippi dan Alabama juga telah mengisytiharkan darurat sebagai tindak balas kepada cuaca luar biasa itu.

Ribut yang kini melanda selatan AS bermula di Texas pada petang kelmarin, dan diramalkan merebak ke timur hingga pagi ini (waktu tempatan) di sepanjang lebuh raya Interstate 10.

Pada petang semalam, ribut bergerak ke Georgia, Florida dan Carolina Utara serta Selatan. – AGENSI

Januari 22/1/2025  sumber


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 10:05 AM GMT+8 , Processed in 0.115545 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list