CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11923|Reply: 0

Perancis keluar waran tangkap bagi Assad kerana jenayah perang

[Copy link]
Post time 22-1-2025 04:48 PM | Show all posts |Read mode

Bekas Presiden Syria, Bashar al-Assad. - Foto AFP

PARIS : Dua majistret Perancis sudah mengeluarkan waran tangkap terhadap pemimpin Syria yang digulingkan, Bashar al-Assad selepas disyaki terbabit dalam jenayah perang, langkah kedua oleh pihak berkuasa kehakiman Perancis, menurut sumber yang enggan dikenali.

Dalam waran dikeluarkan pada Isnin itu, Assad, yang digulingkan akhir tahun lalu, bertanggungjawab sebagai panglima tertinggi angkatan tentera untuk pengeboman di bandar Deraa di Syria pada 2017, membunuh seorang orang awam.

Mandat itu dikeluarkan sebagai sebahagian daripada siasatan kes Salah Abou Nabout, seorang warganegara Perancis-Syria berusia 59 tahun dan bekas guru, yang terbunuh pada 7 Jun 2017 berikutan rumahnya dibom oleh helikopter tentera Syria .

Badan kehakiman Perancis menganggap Assad mengarahkan dan menyediakan cara bagi melakukan serangan itu, menurut sumber terbabit.

Enam pegawai kanan tentera Syria sudah pun menjadi sasaran waran tangkap Perancis berhubung kes berkenaan menerusi siasatan yang bermula sejak 2018.



"Kes ini mewakili kemuncak perjuangan panjang untuk menuntut keadilan, yang saya dan keluarga yakini sejak dari awal," kata anak lelaki mangsa, Omar Abou Nabout, dalam satu kenyataan.

Omar menyatakan harapan perbicaraan berlaku serta pelaku akan ditangkap dan diadili, di mana sahaja mereka berada.

Pihak berkuasa Perancis pada November 2023 mengeluarkan waran tangkap pertama terhadap Assad berhubung serangan kimia pada 2013, di mana lebih seribu orang, menurut risikan Amerika Syarikat (AS), dibunuh menggunakan gas sarin.

Semasa mempertimbangkan kemungkinan pembabitan Assad dalam serangan itu, pendakwa raya tahun lalu mengeluarkan rayuan terhadap waran itu atas alasan Assad sepatutnya mempunyai kekebalan sebagai ketua negara.

Bagaimanapun, penyingkirannya kini sudah mengubah status dan potensi imunitinya.

Assad dan keluarga melarikan diri ke Russia selepas kejatuhannya, menurut pihak berkuasa Russia.

Secara keseluruhan, sistem keadilan Perancis sudah mengeluarkan 14 waran tangkap untuk anggota pihak berkuasa Syria, menurut pengiraan setakat ini.

Sejak bermula pada 2011 dengan tindakan keras terhadap protes anti-Assad, perang Syria mengorbankan lebih daripada setengah juta orang dan meruntuhkan ekonomi negara itu.

Puluhan ribu orang ditahan dan diseksa di penjara negara sementara Assad dituduh menggunakan senjata kimia, termasuk gas sarin terlarang, terhadap rakyatnya sendiri.

Pada Jumaat, ketua pendakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), Karim Khan bertemu pemimpin pentadbiran baharu Syria, Ahmed al-Sharaa.

Lawatan itu mencetuskan harapan terhadap keadilan dan tanggungjawab atas penderaan yang berleluasa sepanjang pemerintahan Assad. - AFP

Januari 22/1/2025  sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 10:20 AM GMT+8 , Processed in 0.276610 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list