CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9587|Reply: 0

Rumah sewa dipenuhi sampah, 200 botol air kencing dan beg najis

[Copy link]
Post time 22-1-2025 04:17 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar keadaan rumah sewa yang terletak Devonport, Plymouth dibanjiri sampah. - Mirror.co.uk

PLYMOUTH - Pemilik rumah di Devonport, Plymouth yang terletak di barat daya England itu dikejutkan dengan keadaan kediaman flat bawah tanah yang disewakan kepada seorang lelaki dipenuhi timbunan sampah termasuk 200 botol vodka berisi air kencing dan beg najis.

Menurut pemilik berkenaan, Jan Pringle, dia menyewakan ruang tersebut kepada individu berkenaan selama dua tahun dan enggan membenarkan sebarang pemeriksaan rutin dilakukan dalam tempoh tersebut.

"Sebaik sahaja pintu dibuka, saya lihat rumah itu seperti hutan hujan kerana keadaan ruang sangat lembab dan saya tidak boleh membuka pintu kerana terlalu banyak sampah.

"Setelah berjaya membuka pintu, saya terhidu bau busuk sehingga tidak dapat menggambarkan keadaan tersebut. Saya juga lihat beberapa ratus botol air kencing dan beg najis yang disyaki menjadi punca kepada bau kuat.

"Saya terpaksa merangkak melalui sampah sambil memakai pelitup muka dan sarung tangan kerana ruang itu benar-benar penuh," katanya.

Mengulas lanjut, Jan Pringle memaklumkan, keadaan bertambah parah apabila dia tidak boleh masuk ke kawasan bilik tidur dan tandas di ruang mandi juga tersumbat.

"Kini saya terpaksa mengupah pasukan pembersih untuk membersihkan flat ini agar boleh didiami oleh penyewa lain pada masa depan," ujarnya.

Tambah Jan Pringle, jiran di kawasan kediaman tersebut turut mendakwa mereka tidak pernah melihat penyewa berkenaan mengeluarkan sampah dan meninggalkan flat itu.

Bimbang dengan keadaan tersebut, Jan Pringle berkata, dia menghubungi beberapa badan kebajikan untuk membantu penyewanya tetapi pihak tersebut tidak boleh melakukan apa-apa selagi individu tersebut tidak serahkan diri secara rela.

"Saya tidak marah dengan penyewa itu disebabkan keadaan tersebut, malah berasa simpati kerana dia seolah-olah memerlukan bantuan dan sokongan daripada orang sekeliling," ujarnya. -Mirror.co.uk

Januari 22/1/2025  sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 10:18 AM GMT+8 , Processed in 0.194180 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list