CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8095|Reply: 0

Elak jalan tidak rata, dua beranak nyaris digilis bas

[Copy link]
Post time 22-1-2025 04:09 PM | Show all posts |Read mode

Rakaman yang tular di media sosial pada Selasa.

MOTO GROSSO - Tindakan seorang wanita berusia 27 tahun yang mengelak jalan tidak rata ketika sedang menolak kereta sorong anaknya mengundang padah apabila terjatuh dan nyaris digilis bas.

Memetik laporan agensi tempatan, insiden ngeri itu dipercayai berlaku di Varzea Grande, Mato Grosso, Brazil pada 7 Januari lalu dan kembali tular selepas rakaman berkenaan dimuat naik di media sosial pada Selasa.

Menerusi rakaman itu, wanita berkenaan dilihat berada di tengah jalan kerana cuba mengelak laluan tidak rata di lokasi tersebut.

Bagaimanapun, dia kemudiannya tergelincir di atas jalan basah sehingga kepala terhantuk ke badan bas sebelum tercampak ke jalan raya dengan jarak sangat dekat dengan tayar bas yang sedang bergerak.

Susulan daripada kejadian itu, pemandu dan konduktor memberhentikan bas dan bergegas keluar untuk meminta maaf kepada dua mangsa berkenaan.

Dalam pada itu, bapa kepada wanita tersebut yang melaporkan kejadian berkenaan mengakui dia berasa seperti kehilangan nyawanya sendiri.

"Setiap kali saya lihat video itu, saya tak boleh berhenti menangis. Cucu perempuan saya jadi takut apabila melihat kenderaan," katanya.

Sementara itu, syarikat bas berkenaan sudah membuat permohonan maaf dan berjanji bahawa pemandu bas berkenaan akan menjalani latihan pemanduan defensif.

Pihak berkuasa tempatan juga menghantar pasukan untuk membaiki jalan yang menjadi punca kejadian itu.

Januari 22/1/2025  sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 10:07 AM GMT+8 , Processed in 0.037414 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list