CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7806|Reply: 0

[Sarawak] Kerajaan Sarawak merancang mewujudkan jurusan Sains Sukan di universiti miliknya

[Copy link]
Post time 20-1-2025 11:25 AM | Show all posts |Read mode


Abang Johari (duduk tengah), Tunku Imran (duduk dua kiri) bersama Abdul Karim dan yang lain pada sidang media sempena majlis perasmian Kejohanan Piala Dunia Kriket Wanita T20 Bawah 19 Tahun di Kuching, hari ini. - Gambar UKAS

KUCHING: Kerajaan Sarawak merancang mewujudkan jurusan Sains Sukan di universiti miliknya sebagai langkah mempromosikan pembangunan industri sukan di negeri ini.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Abang Openg berkata, universiti milik kerajaan negeri dirancang menawarkan jurusan tersebut ialah Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak (Swinburne Sarawak), Kolej Universiti i-CATS dan Universiti Curtin.

Beliau berkata, Universiti Swinburne sesuai dilaksanakan kerana mempunyai pelajar-pelajar yang datang dari pelbagai negara seluruh dunia.

“Di situ, sudah tentu akan ada percampuran pelajar dari segi pertukaran budaya selain pertukaran sukan antara pelajar antarabangsa.

“Malah, kita merancang memperkenal jurusan itu di Universiti Curtin juga,” katanya pada sidang media perasmian Kejohanan Piala Dunia Kriket Wanita T20 Bawah 19 Tahun anjuran Majlis Kriket Antarabangsa (ICC) dan pembukaan rasmi Padang Kriket Borneo di sini hari ini.

Abang Johari berkata, Sarawak mempunyai ramai bakat sukan namun memerlukan fasiliti yang bagus.

“Misalannya, kita ada ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong, pasukan bola sepak yang berpotensi malah pasukan kriket wanita juga dari negeri ini," jelasnya.

Sehubungan itu, beliau memberitahu kerajaan Sarawak dalam perbincangan bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengenai perkara itu.

Usaha itu katanya, perlu dipupuk dari peringkat sekolah menengah melalui sekolah sukan kerana atlet-atlet perlu dilatih dari usia muda.

“Sebaik sahaja mereka dilatih dari kecil, atlet-atlet terbabit boleh meningkatkan ilmu dalam sukan dengan menyambung pengajian di peringkat universiti yang mempunyai disiplin sukan,” katanya.

Mengenai Padang Kriket Borneo, Abang Johari berkata pembinaan fasiliti itu mempunyai reka bentuk yang mencapai standard antarabangsa.

"Kita memerlukan tempat dan fasiliti sesuai untuk melatih atlet-atlet agar setanding dengan atlet luar negara. Oleh itu, kerajaan Sarawak melabur jumlah yang besar untuk membangunkan fasiliti sukan seperti Padang Kriket Borneo ini.

"(Dan) sekarang, kita perlu melengkapkan fasiliti sukan yang baik bukan hanya untuk sukan kriket tetapi semua sukan agar dapat mencapai standard antarabangsa," jelasnya.

Hadir sama Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah serta Penaung Persatuan Kriket Malaysia, Tunku Tan Sri Imran Ibni Almarhum Tuanku Jaafar.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 01:50 PM GMT+8 , Processed in 0.076616 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list