CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7768|Reply: 0

[Sarawak] Kerajaan negeri perlu beri keutamaan kepada rancangan ekonomi untuk Sibu

[Copy link]
Post time 20-1-2025 11:21 AM | Show all posts |Read mode


Ling ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan penyampaian Derma Angpau Tahun Baharu Cina Sport Toto kepada warga emas miskin di Sibu hari ini.

SIBU: Kerajaan negeri perlu memberi keutamaan kepada perancangan ekonomi untuk Sibu agar ia dapat berkembang setanding dengan bandar-bandar seperti Kuching, Bintulu dan Miri.

Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling berkata, perlu diwujudkan satu ekosistem yang membolehkan usahawan muda di sini berjaya menjadikan Sibu setara dengan bandar-bandar tersebut.

"Ini termasuk mencipta pasaran dan menghubungkan Sibu dengan pasaran antarabangsa.

"Usahawan dan pengilang di Sibu harus diberi peluang untuk mengeksport produk-produk mereka ke luar Sarawak malah ke Singapura dan negara-negara lain.

"Sibu tidak boleh terhad kepada diri sendiri. Kita perlu melihat ke luar mencari pasaran lebih besar dan mencipta peluang untuk industri bagi pasaran Sibu.

"Dengan perancangan ekonomi yang betul, pelabur antarabangsa akan mula melihat Sibu sebagai tempat pelaburan," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan penyampaian Derma Angpau Tahun Baharu Cina Sport Toto kepada seramai 350 warga emas miskin Dewan Persatuan Foochow Sibu, Jalan Salim di sini, hari ini.

Sebagai contoh katanya, Sibu boleh dibangunkan sebagai hab pendidikan untuk Sarawak.

"Jika kerajaan negeri menetapkan Sibu sebagai hab pendidikan, universiti dan institusi pendidikan swasta akan melihat Sibu sebagai lokasi yang ideal untuk membuka kampus mereka.

"Ini akan mencipta peluang dan membawa pertumbuhan ke kawasan kita. Kesimpulannya, perancangan ekonomi dan tumpuan strategik adalah penting untuk pembangunan Sibu," jelasnya.

Ling percaya tempat seperti Sibu perlu disediakan peluang untuk rakyat terutamanya golongan muda dan ia bukan sekadar semata-mata tentang pembangunan infrastruktur.

"Walaupun infrastruktur adalah asas untuk pertumbuhan, menyediakan peluang untuk golongan muda bekerja, mencari nafkah dan berjaya di Sibu adalah sama penting.

"Pendekatan yang menyeluruh dalam pembangunan sosial merangkumi kedua-dua infrastruktur dan peluang ekonomi untuk generasi muda," katanya.

Menurutnya, ramai golongan muda meninggalkan Sibu untuk mencari peluang di tempat-tempat lain dengan hampir setiap isi rumah mempunyai seorang atau dua anak bekerja di luar Sibu.

Ling berkata, bagi mengekalkan mereka terus tinggal di Sibu, kerajaan negeri perlu mencipta persekitaran untuk mereka boleh berkembang di sini.

"Kerajaan perlu memberi tumpuan kepada perancangan ekonomi untuk Sibu bagi menarik dan mengekalkan potensi," jelasnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 01:57 PM GMT+8 , Processed in 0.050469 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list