CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13939|Reply: 0

MANFAAT DAUN SEMALU ATASI LEMAH TENAGA BATIN AKIBAT KENCING MANIS

[Copy link]
Anonymous
Anonymous  Post time 19-1-2025 10:10 AM |Read mode
Edited by Anonymous at 19-1-2025 10:37 AM

Kelebihan daun pokok semalu terhadap kesihatan manusia memang banyak. Namun tidak ramai yang tahu kelebihan daun semalu ini untuk kesihatan seksual kaum adam yang berpenyakit diabetis dan alami mati pucuk (gagal ereksi) atau lemah tenaga batin.

Gejala mati pucuk adalah salah satu akibat utama diabetes mellitus atau kencing manis type 2. Pokok semalu (shameplant atau nama sainsnya mimosa pudica) yang mudah didapati sekitar laman rumah, rupanya mempunyai banyak kesan terapeutik. Antaranya ialah untuk anti-diabetes, anti-obesiti dan kesan afrodisiak dalam meningkatkan fungsi seksual.





Dalam satu kajian yang telah dilakukan penyelidik, kesan ketara ekstrak etanol dalam mimosa pudica (daun semalu) berupaya menghilangkan radikal bebas yang berlebihan dan mengurangkan kesan buruk diabetes ke atas sistem seksual sekumpulan tikus jantan.

Tikus diabetis yang telah dirawat dengan ekstrak mimosa pudica mengalami pemulihan berat badan dan berat organ pembiakan mereka, peningkatan kualiti sperma dan susunan histoselular testis yang teratur. Di samping itu didapati terdapat peningkatan tahap hormon yang ketara (testosteron, hormon perangsang folikel dan hormon luteinizing) dalam kedua-dua serum dan homogenat testis tikus tikus diabetes jantan yang dirawat itu.

Selain itu enzim antioksidan, tahap SOD, CAT, GSH, dan GPx turut bertambah. Ia penanda tekanan oksidatif MDA dan ROS dikurangkan dalam kedua-dua serum dan homogenat testis tikus tikus jantan berkenaan.

Ini diperkuatkan lagi dengan hasil kajian dok molekul dalam siliko, ia telah dilakukan untuk meramalkan sebatian berpotensi tinggi ekstrak mimosa pudica terhadap reseptor PDE5. Dua sebatian bioaktif iaitu 3-Dibenzofuranamine (-11.1 kcal × mol−1), Stigmasta-7,16-dien-3-ol (-10.4 kcal × mol−1) menunjukkan pertalian pengikatan tertinggi dengan enzim PDE5, jauh lebih tinggi daripada ubat kuat berasaskan sildenafil (-9.9 kcal × mol−1).

Menurut penemuan tersebut, sebatian bioaktif yang kaya dengan ekstrak etanol dari mimosa pudica atau pokok semalu menyumbangkan prestasi afrodisiak yang amat ketara ke atas tikus tikus diabetes yang dikaji (sumber: Blogspot Rawatan Masalah Anggota Reproduksi Lelaki Wanita)

Satu perkara yang menarik tentang daun semalu ini di Indonesia ialah bagaimana daun pokok semalu atau mimosa pudica ini begitu popular sebagai minuman ubat kuat semulajadi untuk lelaki. Perkara itu didedahkan secara langsung oleh specialist herba, Dr Muthoharrah, M.Si, dalam program Hidup Sihat tvOne Indonesia, dilapor VIVA, Jumaat, 26 Mei [2023[size=1.00em].

Seperti yang dijelaskan oleh Doktor Muthe, daun semalu mengandungi kalsium dan zink yang mana fungsinya untuk meningkatkan kadar testosteron. Testosteron sendiri berkaitan dengan hormon seksual lelaki.

Bagaimanapun kata Muthe, petua penyediaan rebusan daun semalu yang dicadangkan (lihat di bawah) tidak digalakkan pengambilannya setiap hari kerana ia boleh jejaskan masalah kesuburan. Maksima pengambilan yang disaran adalah 3 bulan saja.

Cara Penyediaan Ramuan Daun Semalu
Hanya rebus segenggam daun semalu yang telah dibersihkan dalam satu atau dua gelas air. Kemudian tapis dan sejukkan pada suhu bilik. Minum ramuan ini setiap 2 atau 3 hari sekali atau mengikut keperluan dan tahap kesihatan bagi meningkatkan kembali kejantanan yang terjejas oleh gejala kencing manis.




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 43623 Replies : 572
Siapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong Ni Boleh Masuk Sini
beggSiapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong N
Views : 35413 Replies : 20
Belum Masuk Tahun Baru Cina Apartment Dijadikan Stor Penyimpanan   Mercun Di Kajang Terbakar 80 Peratus
YgBenarBelum Masuk Tahun Baru Cina Apartment Di
Views : 11697 Replies : 11
Kemaluan tersembul di dahi, janda cantik trauma tengok cermin! - “Puas gosok-gosok mata, tetap ada”
tatodKemaluan tersembul di dahi, janda cantik
Views : 11253 Replies : 6
Harap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Azam Baki tidak isytihar jutaan saham dalam syarikat tersenarai, dedah Bloomberg
YgBenarHarap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Az
Views : 22619 Replies : 18
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
Views : 20593 Replies : 13
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
Views : 31214 Replies : 15
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 77159 Replies : 510
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 52950 Replies : 52
Tok Arab Dubai buat video dera, seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai buat video dera, seks gan
Views : 26375 Replies : 28

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 07:41 AM GMT+8 , Processed in 0.585892 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list