CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23252|Reply: 0

[Sabah] Studio TEKUN TikTok Shops pertama di Malaysia dibangunkan di Penampang

[Copy link]
Post time 19-1-2025 02:32 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 18-1-2025 06:33 PM



SERAH: Ewon menyampaikan Skim Pembiayaan TEKUN Nasional kepada seorang penerima.

PENAMPANG:  Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui TEKUN Nasional akan membangunkan studio TEKUN TikTok Shop pertama di Malaysia di Penampang.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, studio itu yang ditempatkan di Pejabat TEKUN Cawangan Penampang kini dalam proses pengubahsuaian dan akan dirasmikan pada 16 Feburari ini.

“Ini adalah inisiatif kerajaan melalui kementerian saya dengan kerjasama TikTok Malaysia untuk membawa Sabah kepada satu cara perniagaan baharu.

“Walaupun, ini bukan baru bagi sebahagian usahawan kerana sebelum ini mungkin mereka sudah biasa menjual produk dan perkhidmatan secara online menggunakan media sosial masing-masing tetapi kita mahu mempermudahkan mereka dengan menyediakan studio.

“Saya berharap penyediaan studio yang lengkap itu dan dengan sokongan platform besar seperti TikTok Malaysia, akan menjadi sebahagian daripada penyelesaian kepada keperluan usahawan kita khususnya di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Seminar Asas Keusahawanan TEKUN Nasional, di sini, hari ini.

Ewon berkata, pengwujudan studio TEKUN Tiktok Malaysia di Penampang adalah projek rintis sebelum mengembangkannya ke seluruh negara.

“Kita bermula dulu dengan satu studio di Sabah dan selepas itu kita akan teliti dan buat penilaian projek ini sebelum memperluaskannya ke setiap negeri di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata, selain Penampang, satu lagi studio akan dibina dalam masa terdekat iaitu di Ibu Pejabat TEKUN Kuala Lumpur.
Dari segi garis panduan untuk menggunakan studio itu, Ewon berkata, TikTok Malaysia dan Tekun Nasional telah melaksanakan kursus melibatkan beberapa usahawan sebelum ini dan ia akan diteruskan.

Ewon berkata, pemilihan Sabah sebagai lokasi pertama Studio Tekun TikTok kerana beliau mahu negeri ini dikenali sebagai negeri berpendapatan tinggi dan tidak lagi dikategorikan sebagai negeri yang mempunyai daftar kemiskinan tinggi.

“KUSKOP dan agensi-agensi akan terus melaksanakan amanah membangunkan sektor keusahawanan dan koperasi di seluruh negara melalui inisiatif-inisiatif baharu sesuai dengan situasi dan keperluan semasa,” katanya.

Terdahulu itu ketika berucap, Ewon berkata sejak tahun 1998 sehingga kini TEKUN Nasional telah menyalurkan RM1.1 bilion kepada 65,242 usahawan negeri Sabah.

“Bagi tahun lalu sahaja sebanyak RM149 juta telah disalurkan kepada 6,240 usahawan TEKUN Negeri Sabah dan tahun ini TEKUN mensasarkan untuk memberikan pembiayaan kepada seramai 5,300 usahawan dengan pembiayaan sebanyak RM150 juta,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 01:59 PM GMT+8 , Processed in 0.262410 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list