RASMI: Ruslan (tengah) bersama Bacho (kiri) menyempurnakan acara perasmian majlis itu.
KOTA KINABALU: Sistem POMIGAS dijangka siap sepenuhnya pada Julai 2025 sekali gus memberikan manfaat kepada golongan muda Sabah untuk mencari pekerjaan.
Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharam berkata, sistem itu adalah insiatif yang telah dilaksanakan dari pihak PETRONAS, serta kerjasama erat bersama pihak kerajaan negeri.
"Kerjasama itu mewujudkan satu platform pencarian kerja untuk anak-anak Sabah menceburi industri Minyak dan Gas khususnya di negeri ini
"Sistem ini dikawal selia oleh Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri, Jabatan Ketua Menteri dengan menggunakan eko-sistem pencari kerja Sabah Job Portal, JPSM khususnya untuk anak-anak Sabah.
"Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak PETRONAS dan Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah atas usaha ini," katanya ketika merasmikan Hari Kerjaya Minyak Dan Gas, Kota Kinabalu 2025 di sini, hari ini.
Hadir sama Naib Presiden Kanan Pengurusan Petroleum Malaysia, PETRONAS, Datuk Bacho Pilong.
Acara yang diadakan itu berjaya menarik lebih 40 pempamer termasuk lebih 20 syarikat minyak dan gas serta penyedia perkhidmatan, dengan menawarkan lebih daripada 700 peluang pekerjaan dari pelbagai sektor industri Para pempamer turut menawarkan peluang yang bernilai dari pelbagai sudut kerjaya dan hala tuju pendidikan. Ia membantu para pengunjung khususnya para pelajar untuk memahami potensi masing-masing.
|