CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22663|Reply: 0

[Sabah] Mangsa kebakaran Kampung Kurnia Jaya tagih peruntukan RM10 juta

[Copy link]
Post time 19-1-2025 01:46 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 19-1-2025 10:36 PM



TINJAU: Ghazalie ketika membuat tinjauan rumah-rumah yang dibina sendiri oleh penduduk di Kampung Kurnia Jaya.
TAWAU: Mangsa kebakaran di Kampung Kurnia Jaya, Batu 4 Jalan Apas di sini masih menunggu peruntukan bantuan berjumlah RM10 juta yang diberikan kerajaan negeri untuk membina semula rumah mereka.

Walaupun sudah lebih dua tahun sejak 16 April 2022 kerajaan negeri menyalurkan peruntukan itu, namun sehingga kini tiada tanda-tanda rumah mangsa kebakaran di situ mahu dibina semula.

Rata-rata penduduk di sini terpaksa membina rumah mereka sendiri dengan ala kadar, malah ada yang terpaksa meminjam duit supaya boleh mendirikan rumah kerana tidak mampu menyewa.

Kenneth Tahir, 67 ketika ditemui berkata mereka terpaksa membina rumah sendiri dengan membuat pinjaman wang kerana tidak tahan menyewa selama dua tahun.

Katanya, sudah terlalu lama menunggu peruntukan yang dijanjikan oleh kerajaan, tetapi sehingga ke hari ini tiada tanda mahu dibuat, hanya jambatan sahaja sekarang ini yang ada dibina.

“Saya sudah berjumpa dengan Majlis Perbandaran Tawau (MPT) untuk mengetahui status rumah kami, tetapi mereka beritahu peruntukan tidak cukup.

“Perkara ini tidak logik kerana selepas peruntukan itu diberikan yang saya lihat hanya tiga jambatan simen sahaja yang siap.

“Saya menyeru kepada pihak kerajaan supaya berilah kami perhatian dan salurkanlah peruntukan yang sudah dijanjikan,” katanya.


PENDUDUK: Kenneth (kanan) ketika berjumpa dengan Ghazalie di kampung berkenaan.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Tawau, Ghazalie Ansing berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai rintihan penduduk di sini yang mengalami kesukaran selama lebih dua tahun.

Katanya, kerajaan negeri sepatutnya mengotakan janji mereka dan ia harus disiasat kemana peruntukan RM10 juta yang sudah diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah pada 6 April 2022 lepas.

“Setelah saya masuk menziarahi sahabat di sini terlintas difikiran untuk mengetahui status dan perkembangan semua mangsa kebakaran di kampung ini.

“Namun, sangat memeranjatkan kerana bantuan yang sudah dijanjikan masih belum tertunai, sedangkan peruntukan itu sudah pun diumumkan dan sebarkan melalui media,” katanya.

Beliau juga berasa pelik kerana difahamkan selepas peruntukkan itu diumumkan hanya tiga jambatan konkrit sahaja yang telah dibuat.

“Memang sangat memeranjatkan kerana tidak mungkin peruntukan RM10 juta itu hanya digunakan untuk membina jambatan konkrit sahaja.
“Perkara ini perlu disiasat oleh pihak berkuasa sama ada peruntukan itu masih ada atau sudah habis hanya membina tiga jambatan konkrit,” katanya.

Ghazalie berkata, perkara ini juga akan disampaikan kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah supaya dapat membantu mangsa kebakaran di sini.

“Saya berharap Timbalan Perdana Menteri akan menyalurkan peruntukan untuk meringankan sedikit beban semua mangsa kebakaran di kampung ini,” katanya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 02:01 PM GMT+8 , Processed in 0.041232 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list