CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12330|Reply: 0

Dewan AS lulus RUU larang pelajar transgender sertai sukan wanita

[Copy link]
Post time 15-1-2025 10:13 AM | Show all posts |Read mode

Foto hiasan. - Foto AGENSI

WASHINGTON: Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) yang diketuai Republikan semalam meluluskan rang undang-undang (RUU) yang menghalang atlet transgender daripada menyertai sukan wanita.

RUU itu akan menghalang pelajar transgender daripada menyertai pasukan wanita di mana-mana sekolah atau universiti yang menerima dana persekutuan, walaupun tidak mungkin disokong dan diluluskan sebagai undang-undang oleh Senat.



RUU itu mentakrifkan seks sebagai 'hanya berdasarkan biologi reproduktif dan genetik seseorang ketika lahir' dan menghalang atlet transgender daripada mengambil bahagian dalam olahraga 'yang ditetapkan untuk wanita atau gadis'.

Republikan menyerang keras Demokrat dalam isu transgender, terutamanya berkaitan belia dan sukan menjelang pilihan raya 2024, memanfaatkan perang budaya yang lebih luas terhadap hak LGBTQ.

Presiden dipilih Donald Trump berikrar untuk menamatkan 'kegilaan transgender'.

Dewan itu memperoleh 218 undi untuk RUU berkenaan termasuk dua dari Demokrat.

Bagaimanapun, di Senat, Republikan tidak mungkin memperoleh sokongan mencukupi daripada kalangan Demokrat untuk melepasi majoriti mudah 60 undi yang diperlukan di Dewan Tinggi untuk kebanyakan RUU.

Kumpulan advokasi Equality California menyelar RUU itu sebagai 'satu lagi usaha untuk menafikan maruah dan penghormatan yang patut mereka terima'.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 04:56 PM GMT+8 , Processed in 0.124400 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list