CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20827|Reply: 0

Pulau hantu muncul, ghaib tiba-tiba

[Copy link]
Post time 14-1-2025 05:35 PM | Show all posts |Read mode

Imej satelit merakam pulau hantu yang muncul dan hilang secara tiba-tiba. - SWNS


BAKU, AZERBAIJAN  – Saintis-saintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) keliru apabila meneliti imej satelit memaparkan sebuah ‘pulau hantu’ yang muncul dan hilang secara tiba-tiba, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Pulau berupa bonjolan pasir muncul di Laut Caspian selepas gunung berapi dasar laut meletus pada awal 2023.

Akhir tahun sama, pulau itu bagaimanapun hilang, demikian menurut Balai Cerap Bumi NASA.

Peralatan penderiaan Operational Land Imager dan OLI-2 yang dipasang pada satelit Landsat 8 dan 9 merakam pulau itu ‘berkembang’  serta ‘menguncup’,  24 kilometer dari pantai timur Azerbaijan, dekat ibu kota, Baku.

Pulau sementara itu terbentuk di sekitar tapak gunung berapi lumpur,  Kumani Bank yang juga dikenali sebagai Chigil-Deniz, tidak lama selepas ia meletus.

Saintis-saintis berpendapat letusan itu memuntahkan bahan pepejal mencukupi untuk membentuk binaan sementara yang terapung di permukaan laut.

Ahli Geologi Universiti Adelaide, Mark Tingay berkata, pemerhatian satelit tambahan menunjukkan pulau itu terbentuk antara 30 Januari hingga 14 Februari 2023 dengan ukuran melintang kira-kira 400 meter.

“Menjelang akhir tahun 2024, hanya secebis tanah kecil di Kumani Bank yang masih tinggal di permukaan laut  dan ia akan hilang juga tidak lama lagi,” katanya. – AGENSI

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 04:42 PM GMT+8 , Processed in 0.265404 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list