CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15874|Reply: 0

Sydney tutup sembilan pantai

[Copy link]
Post time 14-1-2025 03:56 PM | Show all posts |Read mode

Sembilan pantai dari Manly ke Narrabeen Utara telah ditutup kerana serpihan berbentuk bola yang berpotensi berbahaya ditemui dihanyutkan di sepanjang pantai. - Foto AGENSI

SYDNEY: Sembilan pantai di Sydney, termasuk kawasan perairan terkenal Manly, ditutup kepada pengunjung hari ini, susulan bebola berona putih dan kelabu terdampar di pesisir pantai ketika kemuncak cuti musim panas.

Majlis Pantai Utara dalam kenyataan berkata, pihaknya sedang mengalihkan bahan itu dengan kebanyakan sampel serpihannya sebesar saiz guli, termasuk ukuran beberapa yang lebih besar.

Kawasan perairan di Sydney terkenal dengan pasir keemasan dan air bersih, menarik pelancong dari seluruh dunia.

Orang ramai dinasihatkan mengelak daripada mengunjungi pantai Manly, Dee Why, Long Reef, Queenscliff, Freshwater, North dan South Curl Curl, North Steyne, serta North Narrabeen sehingga diberitahu kelak.

Mereka juga dinasihatkan supaya menjauhkan diri daripada bahan terbabit, sepanjang proses pembersihan dan siasatan dijalankan.

Pihak berkuasa pula memaklumkan, sedang bekerjasama dengan agensi alam sekitar negeri untuk mengumpul sampel serpihan untuk diuji.

Pada Oktober lalu, beberapa pantai termasuk Bondi yang terletak di timur pusat bandar Sydney, ditutup selepas ribuan bebola hitam muncul di pesisir pantai.

Siasatan kemudian mendapati bebola itu terbentuk daripada asid lemak, iaitu bahan kimia serupa dengan yang terdapat dalam kosmetik dan produk pembersih, selain rambut, sisa makanan, dan bahan lain berkaitan air kumbahan. - REUTERS

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 04:41 PM GMT+8 , Processed in 0.203693 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list