CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13440|Reply: 1

[Kedah] Mayat wanita misteri di tebing sungai

[Copy link]
Post time 14-1-2025 03:53 PM | Show all posts |Read mode
Mayat wanita misteri di tebing sungai

Zuliaty Zulkiffli[email protected]




FOTO HIASAN.





Alor Setar: Polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung penemuan mayat di tebing Sungai Kedah di kawasan Alor Mengkudu, di sini, semalam, yang berkemungkinan wanita dilaporkan hilang dua bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad berkata, Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar menerima panggilan awam berhubung penemuan mayat berkenaan pada jam 2.35 petang semalam.

Beliau berkata, hasil siasatan polis di lokasi penemuan itu mendapati mayat ditemukan dalam keadaan reput namun masih lengkap berpakaian dan dipercayai adalah seorang wanita.

"Pemeriksaan lanjut pada mayat itu menemui telefon bimbit di dalam poket seluar yang dipakai.


"Polis sedang menjalankan siasatan sama ada penemuan mayat itu ada hubung kait dengan kejadian seorang perempuan yang masih lagi dilaporkan hilang sejak dua bulan lalu.

"Pada 8 November tahun lalu, seorang wanita dilaporkan hilang selepas motosikalnya ditemui di dalam sungai yang sama iaitu lebih kurang 10 kilometer dari lokasi penemuan mayat semalam," katanya tadi.

Siti Nor Salawati berkata, mayat itu kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian.

Beliau berkata, susulan itu juga polis sudah pun memanggil waris kepada wanita yang dilaporkan hilang sebelum ini untuk tujuan pengecaman dan menjalani proses perbandingan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

"Setakat ini, kes masih lagi diklasifikasi sebagai mati mengejut sementara menunggu laporan penuh bedah siasat diperolehi," katanya.



Disiarkan pada: Januari 14, 2025 @ 3:26pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/01/1176518/mayat-wanita-misteri-di-tebing-sungai




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-1-2025 06:08 PM | Show all posts

Mayat dipercayai seorang wanita dalam keadaan mereput dan masih lengkap berpakaian ditemukan di tebing Sungai Kedah di kawasan Alor Mengkudu dekat sini, semalam.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 06:41 PM GMT+8 , Processed in 0.127540 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list