CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4328|Reply: 0

[Johor] Hakisan ombak, Johor turut tak disakiti'

[Copy link]
Post time 14-1-2025 03:24 PM | Show all posts |Read mode

AZNAN Tamin (kiri) melihat keadaan sebuah rumah yang rosak dibadai ombak besar. FOTO Bernama

Kota Tinggi: Penghuni empat rumah berhampiran pekan Sungai Rengit, Pengerang yang terjejas akibat hakisan ombak bakal dipindahkan di penempatan sementara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Surat, Aznan Tamin berkata, tindakan segera itu diambil bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin berikutan keadaan bertambah buruk.

"Buat masa ini, kita rancang untuk pindahkan mereka ke rumah sementara. Keadaan tidak boleh dijangka, jadi kita pindahkan mereka dahulu untuk keselamatan.

"Setakat ini, terdapat empat rumah terkesan dengan keadaan ini," katanya ketika ditemui selepas melakukan tinjauan hakisan ombak di pekan Sungai Rengit di sini, tadi.

Kejadian itu turut membabitkan beberapa deretan kedai di pekan berkenaan.

Aznan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri berkata, hakisan pantai berlaku hampir setiap tahun, namun kali ini dilihat agak teruk berikutan fenomena air pasang berserta angin kencang.

Katanya, apa yang membimbangkan ketika kejadian adalah ketinggian air laut yang mencecah lebih dua meter.

Katanya, paras ombak boleh mencapai sehingga 3.5 meter dan akan lebih memburuk jika berlaku bersama air pasang serta angin kencang.

"Lima tahun sekali berlaku situasi seumpama ini, tetapi tahun lalu tidak berlaku. Cuma, kali ini agak besar dan airnya melimpah ke jalan.

"Kita risau ombak boleh menghakis antara 15 hingga 20 meter. Hakisan semakin hampir dengan jalan. Jika tidak diatasi, jalan pula terhakis, kita risau rumah runtuh, jalan pun terputus.

"Jadi, kita mohon Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dapat tambak batu-batu untuk elakkan hakisan. Permohonan ini pernah dibuat tiga tahun lalu tetapi ia berlaku lagi," jelasnya.


Disiarkan pada: Januari 14, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 04:31 PM GMT+8 , Processed in 0.612142 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list