CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9234|Reply: 0

[Johor] Mangsa banjir Johor terus melonjak

[Copy link]
Post time 13-1-2025 10:23 AM | Show all posts |Read mode

Sebahagian mangsa banjir yang ditempatkan Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Pu Sze berikutan kediaman mereka di Kampung Sepakat Baru dan Kampung Laut dinaiki air berikutan hujan berterusan sejak dua hari lalu. FOTO BERNAMA

Johor Bahru: Jumlah mangsa banjir di Johor meningkat kepada 3,779 orang membabitkan 1,080 keluarga yang kini ditempatkan di 36 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah terjejas, setakat 4 petang ini.

Ia berbanding sejumlah 3,449 penduduk daripada 1,023 keluarga yang ditempatkan di 36 PPS pada 8 pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, walaupun hujan mulai reda, ramalan hujan lebat berterusan tahap waspada dikeluarkan membabitkan enam daerah, tengah hari tadi.

Menurutnya, enam daerah diramal mengalami hujan lebat berterusan tahap waspada membabitkan Kota Tinggi, Kulai, Johor Bahru, Kluang, Pontian dan Mersing.

Kota Tinggi kekal daerah paling terjejas apabila 1,174 orang daripada 361 keluarga ditempatkan di 13 PPS, diikuti Johor Bahru dengan 768 mangsa membabitkan 226 keluarga di lima PPS.

"Mangsa banjir di Kulai turut bertambah kepada 735 orang daripada 188 keluarga yang ditempatkan di lima PPS, petang ini. Di Pontian, jumlah mangsa banjir turut melonjak kepada 556 orang daripada 146 keluarga di lapan PPS.

"Manakala mangsa banjir di Kluang turut naik kepada 546 orang daripada 159 keluarga di lima PPS," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Azmi yang juga Setiausaha Kerajaan Johor memaklumkan hanya Sungai Kahang, Kluang setakat ini masih merekodkan paras bahaya.

"Tiga sungai di Johor pula berada pada paras amaran membabitkan Sungai Lenik, Batu Pahat; Sungai Sayong di Kampung Siam, Kulai selain Sungai Skudai, Kampung Pasir, Johor Bahru.

"Manakala empat lagi sungai berada pada paras waspada membabitkan Sungai Muar di Segamat; Sungai Skudai di Kampung Laut dan Sungai Tiram, di Johor Bahru selain Sungai Johor di Kota Tinggi," katanya.


Disiarkan pada: Januari 12, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 04:30 PM GMT+8 , Processed in 0.204485 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list