CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39117|Reply: 0

[Johor] 'Suami baring atas kerusi ruang tamu pun tak perasan air dah masuk rumah'

[Copy link]
Post time 12-1-2025 03:27 PM | Show all posts |Read mode

SITI Salimah (dudk, kanan) dan Roslina serta keluarga membersih dan membasuh peralatan rumah yang masih boleh digunakan. FOTO Farid Noh

Kota Tinggi: "Banjir yang berlaku malam Jumaat lalu tiba-tiba berlaku tanpa petanda dengan airnya naik terlalu cepat," kata penduduk Taman Mawai, di sini.

Siti Salimah Jumal, 41, berkata, kebiasannya jika banjir besar melanda, penduduk akan melihat petanda terutama air di longkang di hadapan kediaman penduduk yang melebihi paras separuh.

Namun katanya, air longkang hadapan kediaman penduduk tidak pun mencapai paras separuh walaupun hujan lebat sejak pagi.

"Penduduk Taman Mawai setiap tahun akan melihat petanda air longkang di sini, jika sudah lebih separuh, penduduk lain akan menjerit dan beri peringatan kepada semua jiran supaya bersiap sedia menghadapi banjir.

"Oleh kerana tiada petanda banjir besar biasa, saya pergi mengambil anak pulang dari sekolah namun apabila sampai di rumah 15 minit kemudian, air banjir sudah pun masuk ke rumah hingga paras buku lali.

"Suami saya sedang berbaring di atas kerusi ruang tamu ketika itu pun tidak perasan air banjir dah masuk rumah. Kami panik dan segera menyelamatkan barangan penting terutama buku dan peralatan sekolah anak.

"Kami tidak sempat meletakkan barangan elektrik di tempat tinggi dan hanya meletakkan barangan termasuk stok bahan mentah, peralatan membuat kuih dan memasak di atas meja kerana air naik terlalu pantas dengan arus deras sehingga mencapai lutut dan pusat dalam masa tidak sampai 15 minit," katanya ketika ditemui sedang mengemas kediamannya.

Siti Salimah yang juga peniaga kuih dan sarapan berkata, selepas tiga hari banjir beliau dan keluarga kembali semula ke kediamannya bagi mengemas barangan susulan tidak sempat berbuat demikian ketika banjir melanda.

Katanya, kebanyakan barangan yang diletakkan di atas meja dan tempat tinggi termasuk peralatan elektrik dilihat sudah terjatuh, terbalik dan bertaburan di atas lantai.

"Kami sebenarnya tidak dibenarkan pulang ke rumah lagi sehingga Selasa ini kerana menurut maklumat pihak berkuasa di pusat pemindahan sementara (PPS), akan berlaku hujan lebat berserta banjir sehari dua ini.

"Namun, kami terpaksa mengemas dahulu apa yang patut termasuk mencuci barangan yang masih boleh digunakan sebelum ia disimpan di tingkat atas nanti.

"Bagaimanapun, 30 peratus barangan yang ada rosak dan terpaksa dibuang. Banjir kali ini juga berlumpur tebal, jika barangan tidak dicuci segera, lumpur berkenaan tidak akan dapat hilang dan barangan selalunya terpaksa dibuang begitu sahaja," katanya.

Sementara itu, adik Siti Salimah, Roslina, 40, berkata, dia membantu keluarga kakaknya membasuh dan membersihkan peralatan serta kelengkapan yang masih boleh digunakan sebelum banjir melanda semula.

Katanya, penduduk memang risau dan tidur tak lena kerana kemungkinan banjir gelombang kedua berlaku susulan hujan lebat berterusan yang dijangka sehingga Selasa ini di Kota Tinggi.

"Oleh sebab itulah kami kena buat kerja pembersihan dengan pantas sebelum menyimpannya di tingkat atas sebelum hujan lebat dan banjir semula," katanya.


Disiarkan pada: Januari 12, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 04:53 PM GMT+8 , Processed in 0.050939 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list