CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4518|Reply: 1

Mak pesan suruh cari suami gaji RM2,000 ke atas, wanita risau kekasih tak cukup kriteria menantu idaman - “Dia SPM, kerja kedai makan”

[Copy link]
Post time 8-1-2025 04:01 PM | Show all posts |Read mode



JUMLAH pendapatan mahupun komitmen bulanan merupakan perkara sensitif yang sepatutnya menjadi rahsia peribadi masing-masing.

Namun sejak kebelakangan ini, segelintir individu khususnya pasangan kekasih gemar mempersoalkannya dengan alasan mencari yang sekufu bagi mengelakkan penceraian di kemudian hari.

Tidak kurang juga yang terpaksa mengajukan perkara tersebut kepada pasangan masing-masing atas desakan keluarga.

Di aplikasi Thread, seorang wanita cuba mendapatkan pandangan daripada kaum Adam sekiranya dia bertindak bertanyakan tentang sumber pendapatan lelaki yang baru dikenali.

"Kalau baru kenal perempuan dan perempuan tu nak tahu gaji anda berapa, anda beritahu tak," ajunya inginkan kepastian.

Menurut wanita ini, dia perlu mengetahui gaji bakal pasangan disebabkan ia adalah permintaan ibunya.

Malah katanya, dia diminta mencari lelaki yang mempunyai pendapatan bulanan melebihi RM2,000.

"Bukan apa, mak suruh cari lelaki gaji RM2,000 ke atas, kalau bawah daripada itu tak dapat la.

"Jadi, okay ke kalau perempuan tanya dan macam mana nak mulakan pertanyaan tentang gaji tu," tambahnya lagi.

"Kena pandailah cari circle orang yang bekerja dan daripada situ boleh agak gaji berapa." - WARGA MAYA

Meskipun ingin menurut kemahuan ibunya, namun wanita ini meluahkan rasa malu kerana dibimbangi gaji individu yang ditanya tidak mencapai 'piawaian'.

Tambahan pula dia mengetahui bahawa individu yang baru dikenali itu hanya mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan bekerja dengan keluarga.

"Dia ada SPM dan kerja kat kedai makan keluarga dengan keuntungan dibahagi bersama ayahnya yang nak sara dua isteri," tambahnya.

Soalan yang diajukannya itu mendapat pelbagai reaksi termasuk daripada golongan lelaki.



Terdapat juga segelintir yang beranggapan pertanyaan tentang sumber pendapatan sebelum berkahwin adalah tindakan tidak wajar dan dianggap biadab.

"Sebelum kahwin tanya gaji? Jangan biadab sangat sebab gaji tu privacy bagi aku, kalau nak tahu gaji dia lepas ke tidak dengan target yang mak tetapkan... baik terus terang cakap yang mak awak nak menantu gaji RM2,000.

"Ada cara dia, jika rancang nak kahwin mesti ada senarai belanja lepas kahwin seperti duit rumah, bil, belanja dapur dan jika dia sediakan, maksudnya dia stabil.

"Kena pandailah cari circle orang yang bekerja dan daripada situ boleh agak gaji berapa, tak perlu tanya pun sebab kadang-kadang lelaki ingat perempuan yang tanya bab gaji ni sebagai mata duitan.

"Payah juga letak kriteria macam ni, aku dulu gaji RM1,500 je kalau isteri letak kriteria macam ni memang dah lama cabut sebab tak sanggup susah senang," demikian pandangan warga maya.

Sumber : mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2025 10:44 AM | Show all posts
dengar la cakap mak awak tu dekkk..
sure mak awak ada pengalaman berlakikan laki gaji below 2k nak membela awak dan lain-lain jenuhnya macam mana..
nijam gaji 2k pun takkan cukup..
toksah kata boleh hidup yada yada yada..
ujung-ujung bila orang lain hidup berduit, kau tak habis-habis jadi joy killer sebab kau tak dapat apa yang orang lain nikmati..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 04:29 PM GMT+8 , Processed in 0.055947 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list