CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5075|Reply: 2

''Bodoh la, menyusahkan!" Bapa maki anak meragam di kedai makan

[Copy link]
Post time 7-1-2025 11:28 AM | Show all posts |Read mode
Melihat ke dalam kehidupan insan yang kurang bernasib boleh memberikan pelbagai pengajaran dan menanam rasa syukur.

Antaranya daripada sudut institusi kekeluargaan, seseorang itu seharusnya sedar bahawa memiliki pasangan yang bertimbang rasa merupakan satu kurniaan tidak ternilai.

Melalui satu hantaran di media sosial, seorang wanita menceritakan momen yang membuatkan dia terkedu ketika singgah makan di sebuah restoran.



Menurut wanita tersebut, sewaktu kejadian dia duduk di sebuah meja bersebelahan dengan keluarga yang mempunyai anak kecil.

"Tadi saya makan di luar. Kemudian dekat sebelah meja ada satu keluarga ni, nampak si isteri sibuk melayan anak yang masih kecil. Dia seorang saja yang tolong ribakan anak, suapkan makan, pujuk anak supaya tak menangis.

"Manakala suaminya bersenang-lenang teruskan makan, seperti tiada apa yang berlaku. Kemudian berlaku satu insiden ni, saya sebagai orang luar pun takut melihatnya.

"Biasalah, budak kecil mesti kuat meragam, tapi mungkin si suami tu berasa rimas, tiba-tiba dia pergi maki... bodoh la, menyusahkan. Kita yang dekat tepi ni terkejut dengar seorang bapa boleh cakap begitu dekat anaknya sendiri.

"Adakah ini perkara biasa selepas berkahwin? Saya jadi risau nak membina rumah tangga kalau begini sikap lelaki zaman sekarang," ujar wanita itu menyuarakan kebimbangan.



Melewati ke ruangan komen, warga maya sependapat bahawa kaum Adam yang berkelakuan sedemikian rupa sememangnya mempunyai masalah jiwa.

"Kesian rasa kalau ada dekat tempat isteri tu, dapat suami baran, nak tegur tak boleh sebab risau kena tengking. Hanya boleh berdiam dan telan sendiri, kehidupan seperti ini seolah-olah dipenjara.

"Itu pentingnya kita sebagai wanita kena cerewet memilih pasangan, kalau tak ambil berat pasal diri pun, tolonglah fikir tentang anak nanti. Anak tak boleh pilih siapa bapa mereka, hanya kita yang ada kuasa untuk tentukan.

"Geram betul dengan spesies lelaki seperti ini, hanya pandai 'buat' anak, tapi nak menjaganya gagal. Semua diserahkan kepada isteri, lepas tangan je.

"Jangan putus harapan dengan cinta sejati sis, masih wujud lelaki normal di dunia ni. Cuma kita kena banyakkan berdoa untuk ditemukan jodoh yang baik," ujar warga maya.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2025 11:44 AM | Show all posts
Semoga tuhan pelihara dan mudahkan urusan ibu dan anak tersebut. Amin...
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2025 03:56 PM | Show all posts
hasanah versi kedai makan pulak ke..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 04:52 PM GMT+8 , Processed in 0.062325 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list