(Gambar fail) Foto hiasan - REUTERS
TOKYO: Seorang wanita berusia 115 tahun dari wilayah Gifu di tengah Jepun, dinobatkan sebagai individu tertua di negara ini setelah pemegang gelaran itu sebelumnya meninggal dunia, baru-baru ini, lapor Xinhua.
Okagi Hayashi yang dilahirkan pada 2 September 1909, menjadi individu tertua yang masih hidup di Jepun.
Pada 29 Disember lalu, Tomiko Itooka yang hidup hingga usia 116 tahun, meninggal dunia akibat sakit tua di sebuah rumah jagaan di Ashiya, wilayah Hyogo, menurut Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan Jepun.
Itooka diiktiraf sebagai individu tertua di dunia pada masa kematiannya.
|