CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16066|Reply: 0

Wabak selesema burung: Jepun lupus 50,000 ayam

[Copy link]
Post time 6-1-2025 08:13 AM | Show all posts |Read mode


TOKYO: Pihak berkuasa Jepun mula melupuskan kira-kira 50,000 ayam, hari ini, selepas wabak selesema burung melanda sebuah ladang di wilayah Iwate.

Menurut Kementerian Pertanian, ia adalah wabak selesema burung yang ke-19 pada musim ini di Jepun.

Kementerian itu berkata, ladang dalam kes terbaru berkenaan melaporkan peningkatan kematian unggas dan keputusan ujian pada Ahad mengesahkan ia berpunca daripada selesema burung.

Menurut Kerajaan wilayah Itawe, kes berkenaan mendorong kepada pemusnahan kira-kira 50,000 ayam di situ.

Iwate juga melarang pergerakan 170,000 burung yang dipelihara di dua ladang lain dalam radius tiga kilometer (km).

Kira-kira 3.8 juta burung yang dipelihara dalam jarak 10km dari ladang yang dijangkiti, akan tinggal dalam zon itu buat masa ini.

Khamis lalu, sebuah lagi ladang di Iwate dan sebuah firma di wilayah Aichi dilanda virus itu dan mula melupuskan masing-masing 120,000 dan 147,000 burung.

Pada 29 Disember lalu, wabak itu disahkan di sebuah ladang di Ibaraki yang mengakibatkan kematian 1.08 juta burung.
Januari 5, 2025  sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 01:26 AM GMT+8 , Processed in 0.033040 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list