CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17907|Reply: 1

[Kedah] Isu pelarian Rohingya di Langkawi perlu perhatian serius

[Copy link]
Post time 5-1-2025 09:44 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 5-1-2025 09:46 AM

Isu pelarian Rohingya di Langkawi perlu perhatian serius

NURUL HIDAYAH HAMID
05 Januari 2025 08:50am




Laporan Sinar Harian berhubung pelarian Rohingya yang mendarat di Pantai Teluk Yu, mukim Ayer Hangat, Langkawi pada awal pagi Jumaat. Gambar kecil: Amar Pared




ALOR SETAR - Isu pelarian Rohingya di Langkawi merupakan cabaran kemanusiaan yang memerlukan perhatian serius, bukan sahaja dari Malaysia tetapi juga masyarakat antarabangsa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah yang juga Ketua Bahagian Bersatu Langkawi, Amar Pared Mahamud berkata, Malaysia sentiasa mengamalkan prinsip kemanusiaan, namun tekanan terhadap sumber dan keselamatan juga perlu diimbangi.

Jelas beliau, pelarian tersebut melarikan diri daripada penindasan, genosid dan kemiskinan, sekali gus ia lebih daripada sekadar isu migrasi tetapi satu krisis kemanusiaan global.

“Bagaimanapun, kehadiran pelarian dalam jumlah besar boleh memberi tekanan kepada sumber tempatan seperti kesihatan, pendidikan dan keselamatan.


“Isu ini perlu diurus dengan seimbang agar tidak menjejaskan komuniti Langkawi,” katanya ketika dihubungi Sinar Ahad.

Sebelum ini seramai 196 etnik Rohingya dari Myanmar yang menaiki bot kayu besar telah mendarat di Pantai Teluk Yu, mukim Ayer Hangat, Langkawi pada awal pagi Jumaat.


Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, mereka terdiri daripada 68 lelaki dewasa, 57 wanita dewasa, 32 kanak-kanak lelaki dan 39 kanak-kanak perempuan dipercayai bertolak dari Myanmar kira-kira 10 hari lepas.

Susulan itu, kesemua tangkapan sudah dirujuk kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan dibawa ke Kompleks Kementerian Dalam Negeri Langkawi untuk proses dokumentasi.



Sementara itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) pula telah mengaktifkan operasi bagi mengesan dua lagi bot membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) yang menuju ke perairan negara.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, Operasi GUARD telah diaktifkan, selain menggandakan rondaan mengesan saki-baki PATI dipercayai Myanmar yang dilaporkan menuju ke Pulau Langkawi.


Sehubungan itu, Amar Pared berkata, Malaysia perlu meningkatkan tekanan kepada ASEAN dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) agar mengambil tindakan lebih konkrit.


Beliau menyifatkan, penyelesaian bersepadu harus dicapai melalui dialog diplomatik dan bantuan antarabangsa.

Tambahnya, pihak berkuasa juga perlu memperketat kawalan sempadan bagi mengelakkan kemasukan secara tidak sah yang boleh disalahgunakan pihak tertentu seperti sindiket pemerdagangan manusia.

Amar Pared turut mencadangkan pihak berkaitan mengambil pendekatan kemanusiaan dengan menyediakan penempatan sementara.

“Sediakan pusat transit sementara dengan keperluan asas seperti makanan, kesihatan dan keselamatan, sementara proses untuk menyaring pelarian serta mencari penyelesaian jangka panjang dijalankan,” katanya.

Menurutnya, penting untuk meningkatkan kesedaran masyarakat agar memahami bahawa isu ini adalah krisis kemanusiaan dan memerlukan sokongan bersama, bukan hanya kecaman.


https://www.sinarharian.com.my/article/705448/berita/nasional/isu-pelarian-rohingya-di-langkawi-perlu-perhatian-serius


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2025 10:11 AM | Show all posts
Edited by silance at 5-1-2025 10:28 AM

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, mereka terdiri daripada 68 lelaki dewasa, 57 wanita dewasa, 2 kanak-kanak lelaki dan 39 kanak-kanak perempuan dipercayai bertolak dari Myanmar kira-kira 10 hari lepas.
Kenapa nak percaya cerita penipu 10 hari, enta-entah 2 - 3 hari saja, banyak trip pulak tu. 10 hari tanpa makanan/air, matahari panas 40 celcius, tapi yang landing buat-bulat aje tak kurus? Logic ke? 71 budak tu lagi 10 tahun start beranak berganda-ganda?

Susulan itu, kesemua tangkapan sudah dirujuk kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan dibawa ke Kompleks Kementerian Dalam Negeri Langkawi untuk proses dokumentasi.[
So yang 196 tu dah selamat  diterima la? Apakah ada rules, as long dah jejak tanah tak boleh halau balik ke?



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 06:39 PM GMT+8 , Processed in 0.346964 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list