Anggota bomba sedang meemriksa bangunan selepas memadamkan kebakaran babitkan bangunan lapan tingkat di Yatap-dong, Bundang. - Foto REUTERS.
SEOUL: Kebakaran tercetus di sebuah bangunan kedai di Bundang, selatan Seoul, hari ini dengan beberapa orang dilaporkan terperangkap di dalam premis itu, lapor Agensi Berita Yonhap, yang memetik pihak berkuasa.
Kebakaran bermula 4.37 petang di sebuah bangunan lapan tingkat di Yatap-dong, daerah Bundang di bandar raya Seongnam.
Pasukan bomba sedang berusaha memadamkan kebakaran dengan mengerahkan kira-kira 80 jentera bomba dan peralatan lain, menurut pihak berkuasa.
Menurut pihak berkuasa, kira-kira 40 orang diselamatkan dari bangunan itu, manakala kira-kira 50 yang lain berjaya menyelamatkan diri.
Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan, tambah mereka.
|