CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5685|Reply: 0

Doktor kerdil, jiwa besar

[Copy link]
Post time 2-1-2025 03:13 PM | Show all posts |Read mode

XIAO Jiulin, hanya setinggi 90 sm kerana mengalami masalah tumbesaran sejak kecil akibat penyakit. FOTO Douyin

Beijing: Kekurangan diri tidak menghalang seorang doktor berbadan kerdil di sebuah kampung di wilayah Jiangxi, China, melaksanakan tanggungjawab sebagai doktor.

Dia sudah merawat lebih 2,000 penduduk kampungnya dalam beberapa tahun kebelakangan ini, walaupun terpaksa bergantung kepada isterinya untuk membawanya ke rumah pesakit.

South China Morning Post (SCMP) melaporkan Xiao Jiulin, 60, hanya setinggi 90 sentimeter (sm) kerana mengalami masalah tumbesaran sejak kecil akibat penyakit.

Walaupun menghadapi cabaran fizikal, Xiao tetap bertekad menjadi doktor selepas melihat kekurangan perkhidmatan perubatan di kampungnya.

Dengan hanya modal permulaan daripada pinjaman sebanyak 500 yuan (kira-kira RM320), Xiao membuka klinik kecil di kampungnya. Namun, saiz tubuhnya membuatkan ramai penduduk pada awalnya meragui kebolehannya.

"Saya fikir, bagaimana seseorang yang begitu kecil boleh merawat pesakit? Saya sangka dia penipu," kata seorang penduduk kampung yang enggan dikenali.



Namun, dengan lebih 30 tahun dedikasi, Xiao membuktikan dirinya sebagai doktor yang berkemahiran tinggi dan berjiwa penyayang. Dia kini mendapat kepercayaan dan penghormatan daripada penduduk kampung.

Untuk mengambil ubat di rak tinggi, Xiao terpaksa menyusun kerusi dan memanjatnya dengan berhati-hati.

WALAUPUN menghadapi cabaran fizikal, Xiao tetap bertekad menjadi doktor selepas melihat kekurangan perkhidmatan perubatan di kampungnya
Xiao bertemu isterinya, Huang Shuzhen, lebih 20 tahun lalu. Pada awalnya, Huang mengakui sedikit terkejut melihat ketinggian Xiao, tetapi tersentuh dengan keberanian dan sifat tidak mementingkan diri lelaki itu.

"Kemudian, saya jatuh hati padanya dan berkata, Saya ingin menempuh segala kesukaran hidup bersama awak" kata Huang.

Walaupun berbeza ketinggian sebanyak 70 sm, Huang sentiasa setia membantu Xiao, termasuk menggendongnya ke kawasan terpencil untuk membuat lawatan perubatan rumah ke rumah.

Xiao mengenakan bayaran perkhidmatan yang rendah, membenarkan penduduk menangguh pembayaran, malah menawarkan rawatan susulan percuma untuk pesakit kronik.

Dia juga kerap melakukan pemeriksaan asas perubatan seperti memeriksa tekanan darah dan jantung warga emas tanpa mengenakan sebarang bayaran.


Disiarkan pada: Januari 2, 2025




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 01:11 AM GMT+8 , Processed in 0.460112 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list