CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7826|Reply: 0

'Catwoman' meninggal dunia

[Copy link]
Post time 2-1-2025 12:19 PM | Show all posts |Read mode

JOCELYNE Wildenstein. FOTO @jocelynewildenstein/ Instagram

Paris: Jocelyne Wildenstein, sosialit Switzerland yang masyhur dengan gelaran 'Catwoman' kerana pembedahan plastik ekstrem terhadap dirinya, dilaporkan meninggal dunia secara mengejut.

Kematian Wildenstein pada usia 79 tahun itu disahkan menerusi satu kenyataan disiarkan oleh tunangnya yang juga pereka fesyen, Lloyd Klein, semalam.

"Dengan rasa berat hati dan kesedihan yang amat mendalam, saya mengumumkan pemergian tunang tersayang serta teman hidup saya, Jocelyne Wildenstein," kata Klein dalam kenyataan rasmi.

Wildenstein dilaporkan meninggal dunia dalam tidur pada petang 31 Disember lalu, di suite mewah di Paris. Ia penginapan sementara buat pasangan itu sejak Ogos lalu.

Klein berkata, dia cuba mengejutkan Wildenstein dari tidur untuk bersiap ke majlis makan malam sambutan Tahun Baharu, tetapi mendapati wanita itu tidak memberi respons.

"Doktor yang dipanggil ke lokasi mengesahkan punca kematian adalah kegagalan jantung, dan dia pergi dengan tenang dalam tidur," tambahnya.

Lahir di Switzerland pada 1945, Jocelyne Perisset menjadi seorang sosialit terkenal di New York selepas berkahwin dengan saudagar seni, Alec Wildenstein, dan mereka dikurniakan dua cahaya mata.

Walaupun pasangan itu bercerai dengan penuh kontroversi pada akhir 1990-an, dia tetap menggunakan nama bekas suaminya merujuk kepada identitinya.

Wildenstein pernah menerima penyelesaian perceraian sebanyak AS$2.5 bilion (kira-kira RM11.5 bilion). Ia antara perceraian paling mahal dalam sejarah ketika itu.

Namun, penampilan luar biasanya yang diubah melalui pelbagai pembedahan plastik menjadikan dia tajuk utama tabloid.

Dia dikenali sebagai 'Catwoman' kerana bentuk mata menyerupai kucing yang dihasilkan melalui prosedur kosmetik.

Wildenstein pernah menafikan pembedahan itu dilakukan untuk memikat bekas suaminya.

"Saya tidak pernah mahu mengubah wajah saya," katanya dalam satu temu bual dengan saluran televisyen Perancis, C8, pada musim luruh lalu, tetapi mengakui dia mungkin ingin 'membesarkan sedikit bibir'.

Wildenstein sering berulang-alik di antara sama ada New York dan Miami. Dalam beberapa bulan terakhir hidupnya, dia aktif di media sosial, dengan mempunyai lebih sejuta pengikut di Instagram.


Disiarkan pada: Januari 2, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 01:10 AM GMT+8 , Processed in 0.730072 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list