CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7519|Reply: 0

150 bom buatan sendiri ditemukan di rumah ladang Virginia

[Copy link]
Post time 2-1-2025 12:16 PM | Show all posts |Read mode


Washington: Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) menemukan lebih 150 bom buatan sendiri di sebuah ladang di Virginia, dalam apa dianggap sebagai rampasan terbesar seumpamanya dalam sejarah agensi itu, menurut dokumen mahkamah yang difailkan minggu ini.

Ejen menemukan bahan letupan itu ketika menggeledah rumah keluarga Brad Spafford, 36, selepas dimaklumkan oleh jiran bahawa lelaki itu sedang menimbun senjata dan peluru buatan sendiri.

Dokumen mahkamah yang difailkan pada Isnin itu menyatakan Spafford, yang bekerja di sebuah kedai mesin, menggunakan gambar Presiden Joe Biden untuk latihan menembak dan menyatakan sokongan terhadap pembunuhan politik.

Beberapa bahan letupan yang didakwa sebagai bom paip ditemukan di dalam sebuah beg galas di bilik tidur di kawasan berkenaan, yang didiami oleh Spafford bersama isterinya dan dua anak kecil mereka, kata dokumen itu.

Tambahnya, peti sejuk Spafford turut mengandungi sebuah balang HMTD iaitu bahan letupan "sangat tidak stabil" yang disimpan bersama makanan dan dilabel "Jangan Sentuh".

Rumahnya juga mempunyai sebuah buku nota yang mengandungi "resipi" untuk membuat bahan letupan termasuk bom tangan, menurut pemfailan berkenaan.

Seorang jiran memberitahu ejen FBI bahawa Spafford sudah membincangkan mengenai memperkukuh hartanahnya dengan "menara 360 darjah untuk senjata api kaliber 50 di atas bumbung."

Pendakwa raya berkata Spafford, yang didakwa dengan pemilikan senapang secara tidak sah, mungkin akan menghadapi dakwaan tambahan berhubung bahan letupan berkenaan, masing-masing membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun.

Dalam pemfailan berasingan semalam, peguam Spafford berkata, anak guamnya sebagai "seorang lelaki yang bekerja keras tanpa rekod jenayah" sambil berhujah supaya beliau dibebaskan dari tahanan.


Disiarkan pada: Januari 2, 2025 sumber









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 01:09 AM GMT+8 , Processed in 0.077532 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list