CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17756|Reply: 0

Mangsa buli balas dendam-guna berus gigi pembuli cuci jamban, ludah dalam syampu, kencing span badan

[Copy link]
Post time 1-1-2025 09:03 AM | Show all posts |Read mode
Ramai pelajar yang menuntut di sekolah berasrama pernah berdepan kejadian buli.

Namun mangsa biasanya hanya mendiamkan diri kerana bimbang nasib mereka bertambah malang jika hal itu sampai ke pengetahuan orang lain.

Di TikTok, seorang individu tular selepas dia berkongsi kisahnya yang pernah dibuli di asrama.

Ujarnya, dia tidak pernah melawan secara fizikal, sebaliknya menggunakan kaedah 'kreatif' untuk membalas dendam.




"Dulu masa duduk asrama, aku selalu kena buli. Tapi aku tak ada kekuatan nak balas balik.

"Apa yang aku buat, apabila mereka tiada atau asrama kosong, aku ambil berus gigi mereka, aku cuci mangkuk jamban.

"Aku celup-celup dalam air jamban tu. Selagi mereka buli aku, selagi tu aku buat cuci mangkuk tandas," ujarnya.

Menurut pengadu lagi, perkara itu membuatkan dia gembira, sekali gus mengubati kesakitan yang dialami akibat dibuli.

"Apabila waktu pergi tandas, aku nampak mereka guna berus gigi tu. Aku rasa bahagia dan gembira gila. Jamban pun 'guna' berus gigi mereka.

"Kadang-kadang aku ludah dalam syampu mereka. Benda boleh balas, buat apa nak diam," ujarnya lagi.

Perkongsian itu menerima lebih 119,000 tontonan dan dihujani pelbagai komen netizen.

Malah, ramai mangsa buli turut berkongsi perkara yang dilakukan mereka untuk membalas dendam ketika zaman sekolah.

"Betul, aku pernah kencing dalam raga barang mandi mereka, siap kena span badan mereka.

"Aku kena buli juga, kasut selipar mereka aku baling atas bumbung asrama waktu malam.

"Pernah buat juga, picit ubat gigi mereka sampai habis. Gosok jamban guna berus gigi mereka.

"Lapor pada warden atau cikgu pun tak guna. Bagus juga balas macam tu sebab tak mampu balas secara fizikal," tulis netizen.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 04:47 PM GMT+8 , Processed in 0.056386 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list