CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5930|Reply: 2

[Tempatan] Ketekunan, kerja keras PMX Anwar Ibrahim bawa perubahan cepat kepada negara, kata MB Selangor Amirudin Shari. #2, 'Usaha, kesungguhan ditonjolkan Anwar Ibrahim tidak boleh dilawan...' - Amirudin

[Copy link]
Post time 24-12-2024 04:18 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 24-12-2024 10:26 AM

Ketekunan, kerja keras Anwar bawa perubahan cepat kepada negara - Amirudin

https://www.sinarharian.com.my/a ... a-negara---amirudin

24 Disember 2024


Anwar Ibrahim. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Ketekunan dan kerja keras Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak memimpin Kerajaan Perpaduan dua tahun selepas Pilihan Raya Umum ke-15 telah berjaya membawa perubahan yang cepat dan nyata dalam pentadbirannya.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Anwar sangat komited dalam usaha meningkatkan prestasi ekonomi dan pada masa sama mengekalkan kestabilan politik negara.

Beliau berkata, Anwar merupakan Perdana Menteri yang mengetuai kerajaan dengan gabungan terbesar dalam sejarah politik Malaysia melibatkan lebih 18 parti ketika ini.

"Saya lihat usaha, kesungguhan ditonjolkan oleh Anwar (memimpin negara) itu tidak boleh dilawan. Anwar adalah seorang ahli politik yang tekun dan bekerja keras, dan itu terbukti dengan usaha beliau yang berjaya membawa perubahan yang cepat dan nyata dalam pentadbiran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu program Sembang Malam bertajuk Dua Tahun Kerajaan Perpaduan Pimpinan Anwar Ibrahim terbitan Selangor TV yang disiarkan di Facebook dan YouTube malam tadi.

Program dihoskan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaafar itu turut menampilkan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan dan Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar sebagai tetamu.

Selain itu, Amirudin berpendapat Anwar memikul beban berat berikutan tumpuan sentiasa diberikan kepadanya yang membawa imej Kerajaan Perpaduan, sekali gus turut menjadi figura sasaran pelbagai pihak.

Senada dengan Amirudin, Fahmi berkata, pelbagai perubahan telah dibawa oleh Perdana Menteri sepanjang dua tahun menerajui Kerajaan Perpaduan antaranya dari segi ekonomi dan pelaburan asing serta pentadbiran kerajaan dan usaha melawan rasuah.

Bagaimanapun, beliau berkata, fakta berkenaan bercampur aduk dengan berita palsu dan fitnah yang disebarkan terutamanya melalui media sosial hingga mengakibatkan persepsi negatif terhadap kerajaan dan Perdana Menteri.

"Kalau kita lihat dalam filem, penonton biasanya tengok pelakon utama, tak tengok pelakon pembantu atau orang belakang (tabir) walaupun filem itu adalah usaha bersama semua,” katanya sambil menambah menteri Kabinet dan Ahli Parlimen kerajaan juga perlu bersama-sama memikul tanggungjawab mengubah persepsi rakyat terhadap kerajaan.

Fahmi turut memetik buku tulisan seorang pakar University of Cambridge, Sander van der Linden, bertajuk Foolproof menyatakan masalah paling besar yang mengganggu gugat demokrasi di seluruh dunia sekarang ialah berita palsu.

Sementara itu, beliau berkata, pelbagai perancangan yang diumumkan Kerajaan Perpaduan telah membuahkan hasil dari segi statistik dan beliau yakin dalam tempoh dua tahun akan datang, lebih banyak limpahan ekonomi akan dinikmati oleh rakyat.

"Bagi kerajaan, sudah pasti kita perlu beri keyakinan kepada pelabur, limpahan ekonomi kepada rakyat, memperbetulkan bukan hanya cara kita berkomunikasi serta mengajak rakyat untuk memberi pertimbangan (sewajarnya),” kata beliau. - Bernama


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-12-2024 06:25 PM | Show all posts
'Usaha, kesungguhan ditonjolkan Anwar tidak boleh dilawan...' - Amirudin

https://www.bharian.com.my/berit ... eh-dilawan-amirudin

BERNAMA - Disember 24, 2024 @ 5:46pm


Datuk Seri Amirudin Shari (kiri), dan Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Ketekunan dan kerja keras Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak memimpin Kerajaan Perpaduan dua tahun selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berjaya membawa perubahan yang cepat dan nyata dalam pentadbirannya.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata Anwar sangat komited dalam usaha meningkatkan prestasi ekonomi dan pada masa sama mengekalkan kestabilan politik negara dalam menggalas tanggungjawab memimpin kerajaan dengan gabungan terbesar dalam sejarah politik Malaysia, membabitkan lebih 18 parti ketika ini.

"Saya lihat usaha, kesungguhan ditonjolkan oleh Anwar (memimpin negara) itu tidak boleh dilawan. Anwar adalah seorang ahli politik yang tekun dan bekerja keras dan itu terbukti dengan usaha beliau yang berjaya membawa perubahan yang cepat dan nyata dalam pentadbiran," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu program Sembang Malam bertajuk 'Dua Tahun Kerajaan Perpaduan Pimpinan Anwar Ibrahim' terbitan Selangor TV yang disiarkan di Facebook dan YouTube, malam tadi.

Program dihoskan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaafar itu turut menampilkan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan dan Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar sebagai tetamu.

Selain itu, Amirudin yang juga Naib Presiden PKR merangkap Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, berpendapat Anwar memikul beban berat berikutan tumpuan sentiasa diberikan kepadanya yang membawa imej Kerajaan Perpaduan, sekali gus turut menjadi figura sasaran pelbagai pihak.

Senada dengan Amirudin, Fahmi berkata, pelbagai perubahan telah dibawa oleh Perdana Menteri sepanjang dua tahun menerajui Kerajaan Perpaduan, antaranya dari segi ekonomi dan pelaburan asing serta pentadbiran kerajaan dan usaha melawan rasuah.

Bagaimanapun, beliau berkata, fakta berkenaan bercampur aduk dengan berita palsu dan fitnah yang disebarkan, terutamanya melalui media sosial hingga mengakibatkan persepsi negatif terhadap kerajaan dan Perdana Menteri.

"Kalau kita lihat dalam filem, penonton biasanya tengok pelakon utama, tak tengok pelakon pembantu atau orang belakang (tabir) walaupun filem itu adalah usaha bersama semua," katanya menambah menteri Kabinet dan Ahli Parlimen kerajaan juga perlu bersama-sama memikul tanggungjawab mengubah persepsi rakyat terhadap kerajaan.

Fahmi turut memetik buku tulisan seorang pakar University of Cambridge, Sander van der Linden, bertajuk 'Foolproof' yang menyatakan masalah paling besar mengganggu gugat demokrasi di seluruh dunia sekarang ialah berita palsu.

Sementara itu, beliau berkata, pelbagai perancangan yang diumumkan Kerajaan Perpaduan telah membuahkan hasil dari segi statistik dan beliau yakin dalam tempoh dua tahun akan datang, lebih banyak limpahan ekonomi akan dinikmati rakyat.

"Bagi kerajaan, sudah pasti kita perlu beri keyakinan kepada pelabur, limpahan ekonomi kepada rakyat, memperbetulkan bukan hanya cara kita berkomunikasi, serta mengajak rakyat untuk memberi pertimbangan (sewajarnya)," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
ف ق؟
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 09:40 AM GMT+8 , Processed in 0.067309 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list