CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12319|Reply: 7

[Tempatan] Lelaki alami masalah psikiatri maut terjun jambatan Klang

[Copy link]
Post time 24-12-2024 09:48 AM | Show all posts |Read mode
Lelaki alami masalah psikiatri maut terjun jambatan Klang

https://www.kosmo.com.my/2024/12 ... jun-jambatan-klang/

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED
23 Disember 2024, 11:12 pm


Tangkap layar video penemuan mayat itu.

KLANG – Suasana di Jambatan Ketiga Klang di sini, gempar apabila seorang lelaki berusia 41 tahun maut selepas dipercayai terjun dari jambatan itu, kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisoner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu.

Katanya, siasatan mendapati mangsa dilihat meletakkan kereta Proton Wira di jambatan itu dan memanjat besi penghalang.

“Lelaki yang dipercayai terjun dan jatuh di atas Jalan Sungai itu mengalami kecederaan di kepala serta kaki. Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi proses bedah siasat,” katanya malam ini.

Tambah Hoong Fong, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

“Keluarga mangsa mengesahkan lelaki itu mempunyai masalah psikiatri selain mempunyai sejarah menghidap diabetes dan darah tinggi,” ujarnya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di talian 03-33762222 atau balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2024 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Hidup ni kerasss
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 10:02 AM | Show all posts
Kan dia mental.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 11:29 AM | Show all posts
uiii
nasib tak jatuh atas kenderaan bergerak


Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
tak melibatkan org lain, kene bersih sikit la jalan tu. semoga keluarga tabah
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 01:29 PM | Show all posts
Fuh mesti dia lega

Straight fly to paradise
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-12-2024 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Sukarnya situasi ni pada keluarganya, trauma berpanjangan. Kepada yang memerlukan rawatan psikiatri, teruskan dan jangan berhenti.n
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg betul nak end it all, takde nya call2 org nangis2 nak perhatian
Zasss terus on je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 09:59 AM GMT+8 , Processed in 0.046074 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list