View: 29827|Reply: 12
|
[Tempatan]
Lelaki Russia didenda RM1,000 ceroboh kem tentera
[Copy link]
|
|
Lelaki Russia didenda RM1,000 ceroboh kem tentera
https://www.bharian.com.my/berit ... ceroboh-kem-tentera
Disember 23, 2024 @ 4:09pm

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Russia didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah menceroboh sebuah kem tentera, dua minggu lalu.
Majistret Illi Marisqa Khalizan menjatuhkan hukuman itu ke atas Zakharov Ilia, 35, dan memerintahkan tertuduh dipenjara sebulan jika gagal membayar denda berkenaan.
Tertuduh didakwa melakukan pencerobohan dengan berada dalam kawasan larangan Kem Perdana Sungai Besi, Cheras, pada jam 4.50 petang 14 Disember lalu.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda RM1,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Syafika Azwa Fikri, memohon hukuman setimpal dikenakan ke atas tertuduh sebagai pengajaran.
Peguam, P Suthes yang mewakili Zakharov pula memohon mahkamah mengenakan hukuman denda atas alasan anak guamnya adalah pelajar sebuah universiti swasta di ibu kota. – BERNAMA
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dah tu nk kena berapa? sejuta mcm kt telen?
|
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 23-12-2024 06:02 PM
dah tu nk kena berapa? sejuta mcm kt telen?
ye...le.....kalo ceroboh sarang tebuan...free pon xpe.. |
|
|
|
|
|
|
|
yang ni ke berita paling baru???? yg lain semua berita2 lama je |
|
|
|
|
|
|
|
Bahaya ni..ntah ntah perisik..harap dpt soal siasat betul2 |
|
|
|
|
|
|
|
Dia tak tau ke najib je yang boleh sign borang bawak keluar barang dari stor kem tentera |
|
|
|
|
|
|
|
1k je ceroboh ken tentera..aje gilee |
|
|
|
|
|
|
|
Borang ni, dah dalam undang-undang kata hukuman maksimum penjara 3 bulan , denda maksimum RM 1k , hakim kenalah jatuh hukuman ikut lunas undang-undang.
Nak denda hukuman tinggi, undang2 sedia ada kena dipinda atau buat baru mansuh yg lama.
It takes years tbh |
|
|
|
|
|
|
|
Atas sebab akta, hukuman sikit macam tu.
Namun I ol benar-benar mengharap agar sojar kat kem tu sempat balun mamat ni sedas dua.
|
|
|
|
|
|
|
|
Russia adalah no 5 terbesar active military
Russia adalah no 9 terbesar paramlitary
Russia adalah no 10 fit-to-service
Russia adalah no 4 Reserved personnal
Russia adalah no 18 age-to-military
Russia adalah no 9 man-power-avaiable
maknanya 99% lelaki russia tu adalah org military.
sama ada dia betul askar , atau separa askar
btw i pernah masuk Kem Sungai besi tu. hantar barang.
alamat rumah2 dalam tu tak muncul di google maps.
so pandai pandai la carik sendiri.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|