CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 60014|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kaji semula keputusan naikkan caj tempat letak kereta

[Copy link]
Post time 14-12-2024 03:35 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 14-12-2024 03:37 PM

Kaji semula keputusan naikkan caj tempat letak kereta

MOHD ISKANDAR OTHMAN
14 Disember 2024 03:08pm





Pada Jumaat Sinar Harian melaporkan kadar caj tempat letak kereta di kawasan MBSP akan meningkat sekali ganda bermula 1 Januari tahun hadapan.




BUKIT MERTAJAM - Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) perlu mengkaji semula keputusan menaikan caj tempat letak kereta yang akan berkuat kuasa 1 Januari depan.

Timbalan Pengerusi Interim Parti Bersepakat Untuk Hak Rakyat Malaysia (Urimai), David Marshel berkata, kenaikan kadar caj berkenaan akan membebankan penduduk Seberang Perai namun menjana pendapatan tinggi berlipat ganda kepada syarikat pengendali tempat letak kereta di negeri ini.



]
David Marshel




Menurutnya, meskipun kadar sedia ada telah diguna pakai sejak hampir 30 tahun lalu namun ia bukan alasan untuk menaikkan caj ketika rakyat sedang berdepan dengan peningkatkan kos sara hidup.

"Kenaikan ini akan bebankan penduduk Seberang Perai. Kami faham bahawa beban kewangan MBSP semakin meningkat dengan kenaikan gaji penjawat awam dan kos pengurusan yang semakin tinggi.


"Namum MBSP perlu mencari kaedah yang lebih progresif bagi menampung kos pengurusan MBSP," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Sabtu.

David Marshel berkata, MBSP perlu meminta supaya pengurusan mengendalikan aplikasi Penang Smart Parking di bahagian Seberang Perai dikawal selia sendiri pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.


Jelasnya, langkah berkenaan akan menambah pendapatan jika keseluruhan fee kadar diuruskan oleh MBSP sendiri.


"Sebagai mantan ahli majlis, saya pasti pegawai dan staf MBSP mampu menguruskan dengan lebih cekap dan telus serta peroleh pendapatan berlipat kali ganda dengan kadar kini.


"Sistem aplikasi yang diuruskan oleh syarikat pengendali ketika ini bukan sesuatu yang canggih atau berteknologi tinggi. Kerajaan negeri perlu meminta dua PBT di Pulau Pinang untuk mengkaji keseluruhan kos dan pendapatan hasil fee parkir yang diterima daripada syarikat tersebut," katanya lagi.

Mengulas lanjut, David berkata, ahli majlis juga perlu peka mengenai kos sara hidup penduduk Seberang Perai dan tidak mencari kaedah mudah dengan menaikkan kadar fee atau cukai tunggakkan bagi menampung kos pengurusan MBSP.


"Rakyat memilih Kerajaan Perpaduan Negeri Pulau Pinang pada pilihan raya yang lalu dengan harapan akan kurangkan kos sara hidup namun apa yang terjadi sekarang adalah sebaliknya.


"Kerajaan Pulau Pinang perlu hentikan kenaikan fee tertentu yang menekan rakyat," tambahnya.

Pada Jumaat Sinar Harian melaporkan kadar caj tempat letak kereta di kawasan MBSP akan meningkat sekali ganda bermula 1 Januari tahun hadapan.

Datuk Bandar Seberang Perai, Datuk Baderul Amin Abdul Hamid berkata, pelaksanaan kadar baharu itu dibuat selepas hampir 30 tahun kadar caj lama diguna pakai dan tidak disemak sejak 1995.

Menurutnya, sepanjang tempoh itu tiada penilaian ke atas kadar caj semasa yang relevan diguna pakai bagi penambahbaikan terhadap implikasi kutipan hasil MBSP yang boleh memberi nilai tambah kepada pembangunan infrastruktur kemudahan awam terutamanya kemudahan tempat letak kereta untuk penduduk Seberang Perai.

Bagi pelaksanaan kadar baharu ini ia melibatkan perubahan sekali ganda daripada kadar asal iaitu bayaran caj jam daripada RM0.40 kepada RM0.80 sejam, bayaran caj harian daripada RM3 kepada RM6 sehari, dan caj bulanan daripada RM75 kepada RM150 sebulan.


https://www.sinarharian.com.my/article/702204/edisi/utara/kaji-semula-keputusan-naikkan-caj-tempat-letak-kereta


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 05:20 AM GMT+8 , Processed in 0.034327 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list