CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 66592|Reply: 15

[Tempatan] Kenaikan cukai taksiran di KL tahun depan.Anda bersedia?

[Copy link]
Post time 14-12-2024 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
PENDUDUK di sekitar Kuala Lumpur kini menyuarakan kebimbangan mereka berikutan kemungkinan kenaikan cukai taksiran pada tahun depan akan membebankan mereka.



Manakan tidak, langkah tersebut dijangka meningkatkan tekanan terhadap kos sara hidup di ibu kota yang sudah sedia tinggi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa, dalam satu laporan StarMetro pada Jumaat berkata, pihak berkuasa tempatan sedang mempertimbangkan kenaikan cukai taksiran bagi meningkatkan hasil pendapatan susulan kos operasi yang semakin meningkat.

Walaupun tiada garis masa khusus diberikan, beliau memaklumkan bahawa kadar baharu itu mungkin akan dilaksanakan secara berperingkat, bermula dengan cukai untuk premis industri.

Pengerusi Save Kuala Lumpur, Datuk M. Ali, menyifatkan cadangan tersebut sebagai tidak wajar.

Beliau menegaskan bahawa pihak berkuasa masih belum menangani pelbagai masalah utama di bandar, termasuk isu banjir yang kerap dan penyelenggaraan sistem perparitan yang tidak memuaskan.

"Kualiti hidup di Kuala Lumpur semakin merosot,” katanya kepada StarMetro.

M. Ali turut memaklumkan tiada sebarang sesi perbincangan antara kementerian dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan penduduk mengenai isu berkenaan.

Sementara itu, aktivis komuniti Kepong, Yee Poh Ping, mencadangkan agar sebarang kenaikan dilaksanakan secara berperingkat untuk mengurangkan impak kewangan kepada pembayar cukai.

“Mungkin DBKL boleh mempertimbangkan kenaikan sebanyak 10 peratus dalam tempoh lima tahun pertama, sebelum menyemak semula kadar selepas itu,” ujarnya.

Beliau juga menekankan kepentingan DBKL untuk mengoptimumkan perbelanjaan dan tenaga kerja bagi mengelakkan pembaziran dana awam.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2024 06:32 PM | Show all posts
tak nak bayar cukai sila migrate ke sabak bernam

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2024 06:53 PM | Show all posts
Seperti biasa, B40 akan dapat diskaun...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2024 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak tampung belanja kak mah pinky beli handbag
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2024 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 17-12-2024 07:12 PM
Nak tampung belanja kak mah pinky beli handbag

Eh taklah, Petros tu kan singkatan untuk Petroliam Rosmah
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2024 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
aku geram betul la cukai taksiran rumah aku tinggi  sb ada nama SOHO.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-12-2024 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
bintangct replied at 17-12-2024 07:31 PM
aku geram betul la cukai taksiran rumah aku tinggi  sb ada nama SOHO.

dengar kate klu soho bil letrik pun mahal, betul ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2024 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
"Saiya tada kena la..ada kad unhcr la..u worang malesia tolong bayar la"-Rohingya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2024 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Radzor replied at 17-12-2024 07:35 PM
dengar kate klu soho bil letrik pun mahal, betul ke?

bil letrik boleh convert to domestic sb mmg iols buat rumah tu own stay
yg mahai IWK RM26 sebulan.. kdg² letrik lg murah drp iwk sb rumah holiday je tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2024 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
bintangct replied at 17-12-2024 07:40 PM
bil letrik boleh convert to domestic sb mmg iols buat rumah tu own stay
yg mahai IWK RM26 sebulan. ...

oo gitu.. up kan la rental airbnb tuu
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2024 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Bangkem taknak cakap lebih.. terbayang bayang c4 dan tong simen
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 08:44 AM | Show all posts
bintangct replied at 17-12-2024 07:31 PM
aku geram betul la cukai taksiran rumah aku tinggi  sb ada nama SOHO.

siapa suh beli soho...buat sewa bolehla
commercial
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 09:02 AM | Show all posts
kesian worang KL,
dah duduk bandar pun tetap miskin,
hutang jer banyak
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 09:12 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 17-12-2024 06:32 PM
tak nak bayar cukai sila migrate ke sabak bernam

selangor dah naik dulu cukai taksiran 25% start jan 2025
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 09:37 AM | Show all posts
Cukai taksiran ni tax assessment la, boleh buat rayuan bukan tak boleh.  kalau u rasa tak mampu sebab dah tak de pendapatan and rumah tu memang duduk sendiri, buat rayuan.  Kalau rajin buat rayuan tiap2 tahun minta turun kan, kalau tak mampu lah. tapi kalau tak duduk situ buat sewa jgn la gi minta pula.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 09:44 AM | Show all posts
Yang tak bayar tu boleh la dicabut pintu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 04:51 AM GMT+8 , Processed in 0.129328 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list