View: 60120|Reply: 10
|
Caj tempat letak kereta di Seberang Perai naik 100 peratus mulai tahun depan
[Copy link]
|
|
Bukit Mertajam: Kadar Caj Tempat Letak Kereta (TLK) bagi kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Seberang Perai naik sehingga 100 peratus berkuatkuasa mulai 1 Januari tahun depan.
Pengguna yang sebelum ini perlu membayar 40 sen untuk satu jam meletak kenderaan, perlu membayar 80 sen pada kadar baharu, selain caj harian daripada RM3 kepada RM6 sehari dan caj bulanan daripada RM75 kepada RM150 sebulan.
Manakala bagi kadar TLK Langganan Tetap (Sewaan Petak Khas) tiada perubahan kadar dan masih kekal mengikut kadar sedia ada iaitu RM200 sebulan yang ia masih boleh dinikmati khususnya pengendali premis dan syarikat yang menjalankan aktiviti perniagaan.
Datuk Bandar MBSP, Datuk Baderul Amin Abdul Hamid, berkata kadar TLK sedia ada digunapakai sejak 29 tahun lalu di bawah peruntukan Perintah Lalu Lintas Jalan (Letak Kereta Berkupon) MPSP 1995.
Menurutnya, sepanjang tempoh itu tiada sebarang penilaian ke atas kadar caj semasa yang relevan untuk digunapakai bagi penambahbaikan terhadap implikasi kutipan hasil MBSP yang boleh memberikan nilai tambahan kepada pembangunan infrastruktur kemudahan awam, khususnya kemudahan TLK kepada penduduk Seberang Perai.
"Sehubungan itu, MBSP meneliti dan mencadangkan untuk pelaksanaan kadar caj baharu TLK bagi seluruh kawasan Seberang Perai bermula 1 Januari 2025.
"Cadangan itu dibuat menerusi beberapa justifikasi antaranya cadangan kenaikan kadar caj baharu TLK ini adalah membabitkan penilaian kajian pasaran oleh MBSP meliputi semakan ke atas pihak berkuasa tempatan (PBT) di Malaysia yang menguatkuasakan kadar caj TLK minimum yang masih relevan dengan kadar yang akan dikuatkuasakan MBSP.
"Dalam pada itu, pelaksanaan kadar caj TLK sedia ada adalah antara kadar caj
masih rendah di kalangan PBT di Malaysia," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Katanya, kadar caj baharu itu adalah digunakan untuk penyelenggaraan sistem tempat letak kereta di Seberang Perai dan bagi meningkatkan mutu sistem tempat letak kereta.
"Kadar caj baharu ini bukanlah untuk memberikan keuntungan kepada MBSP, tetapi untuk menjadikan sistem tempat letak kereta di Seberang Perai lebih efisyen dan memberikan faedah kepada semua penduduk.
" ihak MBSP juga meneliti dan mengkaji trend penggunaan oleh orang awam yang menggunakan kemudahan TLK berbayar bagi kawasan TLK yang diwartakan MBSP iaitu kebanyakan orang awam lebih memilih untuk menggunakan TLK dalam tempoh masa terhad mengikut keperluan urusan di kawasan dituju.
"Walaubagaimanapun MBSP mengambil maklum perkara ini dan telah mewujudkan suatu kadar baharu membabitkan tempoh penggunaan singkat iaitu kadar caj bagi setengah jam sebanyak 40 sen bagi tempoh penggunaan setengah jam," katanya.
SUMBER : – Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
"Dalam pada itu, pelaksanaan kadar caj TLK sedia ada adalah antara kadar caj
masih rendah di kalangan PBT di Malaysia," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Ayat standard  |
|
|
|
|
|
|
|
BN Barang Naik
PH Penaik Harga |
|
|
|
|
|
|
|
biasa setengah jam 30 sen. naik seposen doploh sen boleh la faham
tapi sebulan sampai RM150 tu dah kenapa
parking tu ada aircond cctv security carpet merah belon-belon ke |
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih... |
|
|
|
|
|
|
|
Pengguna yang sebelum ini perlu membayar 40 sen untuk satu jam meletak kenderaan, perlu membayar 80 sen pada kadar baharu, selain caj harian daripada RM3 kepada RM6 sehari dan caj bulanan daripada RM75 kepada RM150 sebulan.
Murah sangat. Patut naik lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by annehuda at 15-12-2024 09:23 PM
Walaupun murah tp percayalah, type c kiasu kt sana lagi rela parking tepi jalan je pastu bila dtg org majlis sanggup lari tinggalkan makanan yg tak habis dimakan sbb taknak byr saman. Source : sis penah duduk penang |
|
|
|
|
|
|
|
But honestly aku rasa kerajaan penang skrang ni tak reti tadbir negeri kot.
Dulu feri tu berbayar ye boleh bawak kereta, bila stesen bas baru tu bukak, diorg stop terus perkhidmatan feri bawak kereta tu, pastu caj free. Ujung2 tutup terus alasan sebab rugi.
Baru2 ni pun penang haramkan airbnb dan rumah homestay sbb diorg takleh kutip cukai tambahan ke atas homestay.
BTW stesen bas butterworth tu buat pakai dana kerajaan federal ye, walaupun dah tak ramai org naik bas skrang ni. Harap2 kelantan yg selalu kene kecam tu dptla dana federal utk upgrade stesen bas diorg. |
|
|
|
|
|
|
| |
|