CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 54327|Reply: 0

[Pulau Pinang] Dua bayi hidap jantung berlubang perlukan dana pembedahan RM125,000

[Copy link]
Post time 13-12-2024 05:32 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 13-12-2024 05:34 PM

Dua bayi hidap jantung berlubang perlukan dana pembedahan RM125,000

MOHD ISKANDAR OTHMAN
13 Disember 2024 03:18pm




Dari kiri: Aniq Ziqri, Muhammad Asyraf Azriel




BUKIT MERTAJAM - Dua bayi lelaki yang menghidap penyakit jantung berlubang memerlukan bantuan dana orang ramai sebanyak RM125,000 bagi menjalani pembedahan segera.

Pengerusi badan amal, One Hope Charity & Welfare, Datuk Chua Sui Hau berkata, pihaknya menerima permohonan bantuan untuk Aniq Ziqri Abdul Azim berusia 12 bulan dan Muhammad Asyraf Azriel Azman yang baharu berusia 4 bulan.

Menurutnya, pembedahan untuk Aniq Ziqri dijadualkan pada 8 Januari tahun depan manakala disebabkan keadaan Muhammad Asyraf Azriel agak serius, bayi terbabit telah menjalani pembedahan pada 12 Disember lalu.

Sui Hau berkata, Aniq Ziqri yang berasal dari Cheras, Kuala Lumpur menghidap penyakit jantung kongenital sejak lahir yang dikesan semasa dia masih berada dalam kandungan.


"Dia bergantung kepada ubat, namun apabila semakin membesar dan tahap aktiviti meningkat, jantungnya tidak dapat lagi menanggung beban sehingga mudah sesak nafas.

"Doktor mendapati lubang di jantungnya semakin teruk dan saluran darah menuju ke paru-paru tersumbat yang boleh menyebabkan kematian mengejut akibat kekurangan oksigen.


"Jadi, pembedahan secepat mungkin perlu dibuat dalam usaha menyelamatkan nyawanya,” kata beliau dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.

Sementara itu, Sui Hau berkata, Muhammad Asyraf Azriel yang berasal dari Alor Setar, Kedah telah berjaya menjalani pembedahan sebelum ini, namun berdepan komplikasi apabila mengalami jangkitan kuman.


“Sebulan selepas dibenarkan pulang ke rumah sejurus pembedahan, bayi itu mengalami sesak nafas.

“Jangkitan kuman yang menyebabkan kelumpuhan diafragma kiri tertunda telah memburukkan lagi radang paru-paru.

“Dia telah berada di hospital sejak lebih sebulan lalu bagi membersihkan bakteria sebelum pembedahan diafragma dapat dilakukan selepas ini,” katanya lagi.

Menurut beliau, kedua-dua pesakit itu amat memerlukan bantuan orang ramai kerana semakan pihaknya mendapati, keluarga mereka tidak berkemampuan bagi membiayai sendiri kos rawatan berkenaan.

Katanya, ibu bapa mereka masing-masing hanya berniaga nasi lemak dan kuih-muih bagi menampung hidup.

“Kami berbesar hati untuk membantu mengumpul dana RM125,000 bagi memastikan pembedahan jantung Aniq Ziqri dan Muhammad Asyraf Azriel dapat dilaksanakan,” katanya.

Sui Hau berkata, orang ramai yang berhasrat menghulurkan bantuan, boleh berbuat demikian menerusi akaun Public Bank Berhad atas nama One Hope Charity & Welfare (nombor akaun: 3201428817) atau layari onehopecharity.org.


https://www.sinarharian.com.my/article/702056/edisi/utara/dua-bayi-hidap-jantung-berlubang-perlukan-dana-pembedahan-rm125000


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 05:03 AM GMT+8 , Processed in 0.529138 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list