CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 45445|Reply: 0

[Kedah] MAQIS Kedah rampas 700 kg longan tanpa perakuan sah

[Copy link]
Post time 12-12-2024 05:35 PM | Show all posts |Read mode
MAQIS Kedah rampas 700 kg longan tanpa perakuan sah

Oleh Noorazura Abdul Rahman - Disember 12, 2024 @ 4:10pm[email protected]





MAQIS Kedah menggagalkan cubaan membawa masuk 700 kilogram (kg) buah longan dari Thailand tanpa perakuan sah. - Foto ihsan MAQIS.




KUALA NERANG: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Kedah menggagalkan cubaan membawa masuk 700 kilogram (kg) buah longan dari Thailand tanpa perakuan sah.

Pengarahnya, Hisham Abu Bakar, berkata longan itu dirampas selepas menahan sebuah treler dari Thailand di pintu masuk sempadan di Kota Putra Durian Burung pada jam 3.30 petang, Isnin lalu.

Katanya, pemeriksaan rapi oleh pasukan penguatkuasa menemui buah longan yang dianggarkan bernilai RM3, 000 dibawa masuk tanpa perakuan 3P yang diwajibkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

"Ketika pemeriksaan treler terbabit didapati membawa buah mangga dan oren dari Thailand, buah-buahan itu mempunyai sijil perakuan dan mematuhi syarat import.

"Hanya buah longan itu didapati tidak mempunyai perakuan 3P iaitu iaitu perlabelan, penggredan dan pembungkusan yang ditetapkan FAMA," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata tindakan terbabit adalah pelanggaran serius di bawah Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

"Susulan itu, semua barang rampasan kini ditahan untuk siasatan dan tindakan lanjut.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta 728, yang memperuntukkan hukuman

penjara sehingga enam tahun, denda maksimum RM100,000, atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan," katanya.

Hisham berkata pihaknya akan terus mengambil tindakan Tegas untuk memastikan barangan pertanian yang diimport ke negara ini, termasuk tumbuhan, karkas, ikan dan hasil pertanian bebas daripada ancaman perosak dan penyakit berbahaya.

Katanya, kerjasama antara agensi penguatkuasa adalah kunci bagi memastikan kepatuhan kepada syarat dan peraturan ditetapkan untuk melindungi keselamatan serta kesihatan sektor pertanian negara.

"Penguatkuasaan berterusan ini adalah sebahagian daripada usaha Maqis dalam mengekang kemasukan barangan pertanian secara haram yang boleh mengancam ekosistem dan kesejahteraan masyarakat," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/12/1336109/maqis-kedah-rampas-700-kg-longan-tanpa-perakuan-sah





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 05:23 AM GMT+8 , Processed in 0.033323 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list