CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41998|Reply: 0

[Perlis] Kepesatan 5G atasi masalah panggilan terputus

[Copy link]
Post time 12-12-2024 04:30 PM | Show all posts |Read mode
Kepesatan 5G atasi masalah panggilan terputus

Oleh Aizat Sharif - Disember 12, 2024 @ 1:53pm[email protected]




S Mailvahanam (tengah) dan Timbalan Dekan Fakulti Perniagaan dan Komunikasi UniMAP, Profesor Ts Dr Mohammad Harith Amlus bersama sebahagian penuntut fakulti berkenaan yang hadir dalam Majlis Perasmian Penutup Program #jompakatHEBAH! bersama UniMAP di Kompleks Dewan Kuliah 1, UniMAP Kampus Pauh Putra, Arau. - Foto NSTP/AIZAT SHARIF




ARAU: Kepesatan isyarat komunikasi 5G yang diperluas ke seluruh negara mampu mengurangkan situasi panggilan terputus atau 'dropped call' dialami pengguna rangkaian mudah alih.

Situasi itu adalah permasalahan yang kerap berlaku pada talian tetap antara 10 hingga 20 tahun lalu.

Bagaimanapun, kini pengguna mempunyai pilihan komunikasi seperti menggunakan aplikasi panggilan melalui WhatsApp, Telegram atau WeChat.

Pengerusi Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM), S Mailvahanam, berkata permasalahan panggilan terputus atau ini berlaku ketika isyarat komunikasi di negara ini berada pada tahap 2G atau 3G.

"Kepesatan pembangunan isyarat komunikasi seperti 4G dan 5G serta 6G yang sedang dibangunkan di beberapa negara di dunia menyebabkan situasi ini semakin kurang berlaku.

"Ia berikutan pengguna beralih kepada perkhidmatan media sosial yang turut mempunyai kemudahan membuat panggilan.

"Kita boleh katakan ketika ini kepentingan jaringan isyarat atau rangkaian itu sendiri dilihat mampu mengelak situasi panggilan terputus berlaku pada masa hadapan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Penutup Program #jompakatHEBAH! Bersama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Kompleks Dewan Kuliah 1, UniMAP Kampus Pauh Putra, di sini.

Mailvahanam berkata, jaringan isyarat 5G perlu diperluas terutama di luar bandar seperti di Sabah dan Sarawak.

Katanya, ia berikutan banyak tempat di negeri itu tidak mempunyai jaringan isyarat 5G yang membolehkan penduduk setempat melayari Internet atau mempunyai jaringan telekomunikasi terbaik.

"Permasalahan panggilan terputus ini kurang didengari pada waktu ini kerana ia timbul 10 hingga 20 tahun dahulu.

"Kalau ada sekalipun, ia hanya kes terpencil dan mungkin disebabkan peranti atau telefon yang digunakan.

"Malah, banyak menara telekomunikasi dibangunkan di tempat tertentu dalam memberi kemudahan kepada pengguna untuk menggunakan isyarat 5G.

"Walaupun ia masih dalam proses pembangunan antara 80 hingga 84 peratus, dijangka lima tahun akan datang banyak lokasi termasuk kawasan luar bandar mempunyai isyarat 5G.

"Ini bagi memudahkan mereka berkomunikasi tanpa masalah panggilan terputus," katanya.

Terdahulu, kira-kira 120 penuntut Fakulti Perniagaan dan Komunikasi UniMAP hadir mendengar penerangan berhubung aspek komunikasi dan digital yang disampaikan oleh wakil CFM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Hadir sama, Timbalan Dekan Fakulti Perniagaan dan Komunikasi UniMAP, Prof Mohammad Harith Amlus dan Pengarah Kanan MCMC, Izani Othman.

CFM ditubuhkan pada 13 Februari 2001 mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 98) sebagai forum industri yang memudahkan kawal selia kendiri menerusi advokasi.

Ia turut melindungi hak pengguna komunikasi dan multimedia.

CFM diwakili pihak pembekal (penyedia perkhidmatan) dan permintaan (persatuan pengguna, institusi pendidikan, ahli akademik atau individu)

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1336026/kepesatan-5g-atasi-masalah-panggilan-terputus





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 05:21 AM GMT+8 , Processed in 0.046540 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list