Edited by sfhzuraz at 11-12-2024 02:27 AM
Rumah sewa jadi tempat proses, simpan dadah
SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
10 Disember 2024 07:07pm
Wan Azharudin (dua dari kiri) menunjukkan dadah yang dirampas di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani.
SUNGAI PETANI - Risikan polis dalam tempoh kira-kira enam bulan berjaya membongkar kegiatan dua penjenayah menjadikan rumah sewa di Bandar Puteri Jaya (BPJ) di sini sebagai lokasi menyimpan dan memproses dadah.
Kegiatan dipercayai didalangi tukang gunting berusia 48 tahun dan dibantu rakannya, seorang pemandu lori berusia 33 tahun bermula awal Januari lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharudin Wan Ismail berkata, serbuan dilakukan menemui dadah jenis heroin dan kafein anggaran bernilai RM82,750 dalam rumah terbabit.
Menurutnya, rampasan dadah membabitkan heroin seberat anggaran 11.99 kilogram (kg) manakala kafein anggaran 8.85 kg.
]
Wan Azharudin (dua kiri) menunjukkan dadah yang dirampas jenis heroin dan kafein.
"Kafein ini diproses sendiri sebelum dijual. Kita percaya ada lagi ahli terlibat dan masih cuba mengesan mereka.
"Difahamkan, sudah empat tahun suspek menyewa dua buah rumah di Bandar Puteri Jaya yang jarak kedua-duanya kira-kira 100 meter. Satu rumah dijadikan stor manakala satu lagi tempat proses dadah," katanya ketika sidang media, pada Selasa.
Bagaimanapun, jelas beliau, polis masih menyiasat dari mana kedua-dua suspek mempelajari proses kafein untuk dijadikan dadah seterusnya membekalkan kepada penagih tempatan.
Beliau berkata, saringan awal air kencing mendapati kedua-dua suspek negatif dadah.
]
Jumlah rampasan dadah berjumlah 20.84 kg dipercayai boleh digunakan untuk 20,000 orang dengan kadar penggunaan 0.5 gram bagi seorang penagih.
"Kita turut menyita sebuah kereta Perodua Myvi, motosikal Yamaha RXZ, seutas rantai, loket dan subang berwarna kuning yang anggaran keseluaruhnya RM52,803.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula 7 hingga 13 Disember ini bagi membantu siasatan," katanya.
https://www.sinarharian.com.my/article/701557/berita/semasa/rumah-sewa-jadi-tempat-proses-simpan-dadah
|