CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39512|Reply: 0

[Kedah] Che Yassin hilang di laut, terpijak kayu jambatan reput

[Copy link]
Post time 6-12-2024 06:43 PM | Show all posts |Read mode
Che Yassin hilang di laut, terpijak kayu jambatan reput

Hamzah



OPERASI mencari Che Yassin membabitkan pelbagai agensi. FOTO Ihsan Polis.



Langkawi: Lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam laut ketika dalam perjalanan pulang selepas memancing di benteng pemecah ombak di Kuala Chenang di sini, malam tadi.

Mangsa dikenali Che Yassin Che Ngah, 43, berasal dari Kampung Perana, Mukim Ulu Melaka, di sini.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, mangsa, Che Yassin Che Ngah, 43, kali terakhir dilihat adik iparnya yang memancing bersama pada 11.30 malam.

"Mereka selesai memancing di benteng pemecah ombak dan berjalan pulang sambil menolak motosikal.

"Sebaik hampir tiba di tengah jambatan, mangsa dilapor terpijak kayu reput sebelum terjatuh bersama motosikalnya ke dalam laut," katanya dalam kenyataan.

Shariman berkata, sejurus itu mangsa dikatakan terapung beberapa minit sebelum hilang.

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan setengah jam selepas kejadian yang turut disertai Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

"Operasi peringkat awal turut dibantu nelayan tempatan dan pengusaha sukan pantai," katanya.

Beliau berkata, sehingga 5.30 petang ini SAR masih diteruskan membabitkan 60 pegawai dan anggota pasukan keselamatan.



Disiarkan pada: Disember 6, 2024 @ 6:16pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/12/1163360/che-yassin-hilang-di-laut-terpijak-kayu-jambatan-reput




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.226585 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list