CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38700|Reply: 0

[Kedah] 'Saya yakin anak masih hidup'

[Copy link]
Post time 4-12-2024 07:08 PM | Show all posts |Read mode
'Saya yakin anak masih hidup'

Zuliaty Zulkiffli[email protected]




LANS Koperal Ahmad Zulhilmi yang masih hilang ketika selepas dihanyutkan arus deras semasa menyeberangi Sungai Merah, di Gerik, Perak. FOTO Zuliaty Zulkiffli.




Sungai Petani: "Saya yakin anak kami masih hidup kerana sebagai komando, dia mesti tahu macam mana untuk terus hidup.

"Apapun, kami serahkan sepenuhnya kepada pihak tentera untuk melakukan operasi pencarian anak kami," kata Zuraida Abu Bakar, 54.

Zuraida adalah ibu kepada Lans Koperal Ahmad Zulhimi Ahmad Tarmizi, 20-an anggota tentera yang dihanyutkan arus deras ketika menyeberangi Sungai Merah di Hutan Royal Belum, Gerik di Perak, Jumaat lalu.

Menurutnya, mereka menerima panggilan daripada pihak tentera selepas 24 jam anaknya dilaporkan hilang.

"Kami tidak pergi ke sana sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada tentera untuk melakukan pencarian Ahmad Zulhilmi.

"Kami sentiasa berhubung dengan mereka (tentera) untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai anak kami," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Padang Limau, di sini hari ini.

Menurut Zuraida, dia dan suaminya, Ahmad Tarmizi Safar, 54, turut melakukan solat hajat sejak hari anaknya dilaporkan hilang dan berdoa semoga dipermudahkan urusan mencari anaknya.

Katanya, kali terakhir mereka bertemu dengan anak sulung dari dua beradik itu pada Aidilfitri lalu ketika anaknya pulang ke kampung.

"Abang (panggilan Zulhilmi) sudah lima tahun berkhidmat dalam tentera dan terus menjadi anggota komando.

"Dia juga turut menghubungi saya pada November lalu dan meminta saya doakan supaya dia selamat kerana perlu bertugas di hutan Royal Belum dan dijangka pulang bulan depan.

"Anak saya masih bujang dan adik bongsunya juga anggota tentera yang bertugas di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah, " katanya.

Zuraida berkata, anaknya itu memang minat tentera sejak kecil dan mereka sekeluarga berharap dia ditemui segera.

Media semalam melaporkan seorang anggota tentera ditemukan meninggal dunia dipercayai akibat lemas manakala seorang lagi masih hilang selepas dihanyutkan arus deras semasa menyeberangi Sungai Merah, di Gerik, Perak.

Kejadian sekitar jam 6 petang itu berlaku ketika dua anggota tentera lelaki berkenaan bersama tujuh yang lain menjalankan tugas gerakan operasi Kota Echo/Foxtrot di kawasan Hutan Royal Belum.



Disiarkan pada: Disember 4, 2024 @ 4:53pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/12/1162572/saya-yakin-anak-masih-hidup




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 09:25 PM GMT+8 , Processed in 0.056951 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list